chapter 10

13 1 0
                                    

Mungkin akibat gelabah, dia mula berperangai seperti dia tidak boleh fikir apa-apa. Dicapainya sebilah pisau lalu menerkam perutnya sendiri. Aku seperti tidak boleh buat apa-apa,apa yang aku boleh buat cuma menangis sambil tangan ku terikat.

Selepas beberapa minit kemudian, siren polis kedengaran di telingaku menyebabkan aku terjaga dari lena ku. Dengan mata yang agak sembab akibat menangis,aku terus terlihat seorang wajah yang agak tidak asing bagi ku. Dia yang melepaskan aku dari ikatan tangan ku.

Sebaik sahaja ia terurai,aku pun terdengar suara anggota polis itu. Tidak lain dan tidak bukan, dialah Inspektor Danish. "Anakku! ".Ya, memang benar. Inspektor Danish atau dikenali sebagai Tuan Danish ialah bapa kepada Daniel.

Aku faham perasaannya tentang apa yang menimpa Daniel. Aku pun dibawa pulang ke pangkuan ibu dan ayah ku. Terukir kerisauan di wajah ibu ku. Tuan Danish meminta maaf atas kelakuan anaknya.

Tetapi... Apa yang aku tak sedar, aku sudah hilang selama dua hari.....

FobiaWhere stories live. Discover now