"Woi!!! Korang tak de kerja lain ke hah!? Ke korang nak aku bagitahu pengetua?". Suara yang tidak asing itu memecah gelak tawa sekumpulan itu. Mereka semua terdiam dan membisu. "Korang tunggu apa lagi? Pergi lah cepat! ". Suaranya agak lantang mengakibatkan sekumpulan itu lari.
Aku ingin mengucapkan terima kasih akan tetapi apabila aku hendak bangun,aku terpaku melihat wajah tersebut. Aku sangkakan Jannah. Belum sempat aku mengucapkan. Aku jatuh pengsan.
Beberapa jam kemudian, Aku tersedar dan terkejut melihat suasana di sana hiruk-pikuk. Disebelah aku iaitu ibuku dan Jannah. Aku bangun untuk duduk dan Jannah menceritakan apa yang terjadi tetapi dia tidak memberitahu aku siapakah yang menolong aku dari sekumpulan pelajar lelaki tadi. "Kau perlu rehat, nanti aku cerita" kata Jannah dengan suaranya yang kedengaran agak sayu.
YOU ARE READING
Fobia
القصة القصيرةCerita ini tentang seorang budak perempuan yang bernama Nur Maisarah Qistina binti Khairil.Ketika dia masih kecil, dia sering bermain dan bergaul dengan lelaki.Kemudian Maisarah meningkat dewasa tetapi sebelum dia memasuki alam sekolah menengah, sat...