#Part 2: Komplot

80 0 0
                                    

Di suatu petang ...

Pak Akob datang ke kediaman Encik Ahmad dan Puan Noni.

Mereka minum petang sambil berbual.

"Ahmad. Macam mana sekarang? Apa plan kamu?" Tanya Pak Akob.

"Itu la Pak Akob. Kami sudah puas memikirkan tentang itu. Sampai sekarang kami masih lagi tak tahu apa yang patut kami lakukan." Ujar Encik Ahmad buntu.

"Kalau aku bagitahu kamu cara yang boleh bantu kamu sekeluarga, kamu mahu ikut ke idea aku?"

"Apa dia Pak Akob?"

"Begini...... Aku ada kenal dengan seorang ustaz. Namanya Ustaz Manaf. Dia ada buat kelas setiap malam di dewan usang di hujung kampung. Kamu try la join kelas dia. Mana tahu dia boleh bantu kamu jadi berjaya macam sebelum ni balik." Jelas Pak Akob.

Puan Noni dan Encik Ahmad memandang satu sama lain.

Mereka ragu-ragu dengan idea yang diberikan oleh Pak Akob itu.

Lalu, mereka pun berkata.

"Tidak mengapalah Pak Akob. Bagi kami masa untuk berfikir dan berbincang dahulu mengenai hal ini."

"Baiklah. Kamu berdua fikir la dahulu. Kalau kamu berminat dengan idea aku, kamu pergi je terus ke dewan di hujung kampung. Ustaz Manaf sedia menerima orang baru."

"Hari pun dah senja. Elok lah aku pulang ke rumah dahulu." Sambung Pak Akob lagi.


p/s: Sebenarnya, Pak Akob dan Ustaz Manaf masing-masing telah berkomplot untuk menyesatkan orang-orang di kampung mereka. Lebih ramai pengikut Ustaz Manaf, lebih banyak keuntungan yang mereka dapat.

DEWANWhere stories live. Discover now