#Part 1: Bimbang

114 1 0
                                    

"kringggg..... kringggggg............ kringgggggg............"

Lina terjaga dari tidurnya dek kerana bunyi telefon bimbit yang terlalu kuat. Dia terlelap di ruang tamu ketika menyiapkan kerja sekolahnya.

Ditenungnya lama skrin telefon itu lalu Lina pun mengangkat panggilan tersebut. Jam di dinding menunjukkan pukul 11:30 malam.

"Ya Mimi, kenapa call malam-malam macam ni?" Tanya Lina.

"Ibu dan ayah saya tiada di rumah sekarang. Saya mula curiga dengan ibu dan ayah saya. Mereka sering keluar lewat malam dan balik ke rumah 3/4 pagi. Kelakuan mereka juga kelihatan aneh kebelakangan ini dan seperti ada yang tidak kena dengan mereka." Ujar Mimi cemas.

"Saya takut Linaaaaaa. Saya takut ibu dan ayah saya terlibat dengan kegiatan ajaran sesat Ustaz Manaf."

"Bertenang Mimi. Istighfar banyak-banyak. Tenangkan diri awak dulu. Nanti kita sama-sama siasat ke mana ibu dan ayah awak pergi setiap malam."

***********************************************************

6 bulan lepas ....

Ibu dan ayah Mimi ialah ahli perniagaan yang berjaya di Kuala Lumpur. Mereka telah menjalankan perniagaan selama 15 tahun. Kehidupan mereka sangat mewah. Mimi merupakan anak tunggal Puan Noni dan Encik Ahmad. 

Namun, pada suatu hari ayah Mimi telah ditipu dan duit yang dilaburkan lesap begitu saja. Encik Ahmad telah rugi berjuta ringgit dan perniagaan yang dijalankan menjadi semakin tidak stabil. Keadaan itu berlarutan beberapa bulan dan perniagaan mereka terpaksa tutup.

Mereka pun berpindah ke suatu kampung di  Pontian, Johor iaitu Kampung Kelawi.

Keadaan siang di Kampung Kelawi nampak seperti biasa tetapi pada waktu malam berubah menjadi sunyi sepi seperti tiada penduduk di kampung itu.

Pada mulanya, tiada perkara yang aneh mahupun pelik terjadi pada mereka.

Tetapi ............



DEWANWhere stories live. Discover now