"ALI!! Matahari dah terpacak atas kepala kau masih nak terbongkang macam dugung! Baik kau bangun sekarang sebelum aku pijak kepala kau sampai tercabut!!" Suara amaran itu membuatkan lelaki yang dipanggil Ali itu tidak selesa dengan kedudukan tidurnya. Masih enggan bangun walaupun hari sudah hampir berginjak tengah hari.
Gadis ini mengeluh lemas. Apakah nasibnya memiliki abang kembar seperti Ali. Ya! Gadis itu adalah Alicia. Terus dia berjalan ke arah tingkap lalu langsirnya diselak agar cahaya matahari masuk melaluinya. Terus sahaja suasana yang agak gelap dan suram itu berubah cerah serta merta membuatkan Ali sedikit keresahan.
"Kau nak bangun atau tak,aku tetap akan buka tingkap ni. Barulah angin dan cahaya matahari boleh masuk. Tak adalah bilik ni bau hapak macam kau." Selamba sahaja tuturan Alicia tanpa memikirkan perasaan Ali. Dia tahu pasti Ali tidak akan terasa punya. Jika tidak,pasti dia juga sudah merasakannya.
"Sedapnya mulut kau cakap aku ni bau hapak! Kau ingat aku ni barang yang ada bau hapak?" Jawab Ali sambil duduk dalam keadaan malas. Alicia hanya tersenyum kecil memandang Ali. Lucu juga mukanya cemberut macam tu. Bicara Alicia sendiri.
"Memanglah kau tu barang. Barang paling berharga sekali dalam hidup akudan yang lain. Tapi sekarang taklah. Aku rasa kalau jual dekat tepi jalan pun tak laku sebab kau busuk tak mandi." Ujar Alicia sambil tertawa setelah mengenakan Ali. Semakin cemberut muka lelaki ini dibuatnya.
"Kurang asam punya adik. Nasib akulah dapat adik kembar macam ni." Bicara Ali perlahan. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Jika dia terus melayan Alicia,pasti sampai esok pun tak akan habis. Sejak gadis itu semakin rapat dengan Moon,semakin pandai pula dia mengusik.
Tapi yang peliknya,Alicia hanya akan mengusik Ali sahaja dan akan beriak biasa di depan adik beradiknya yang lain. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin Alicia lebih selesa mengusik Ali yang lebih selesa memilih untuk melayan saja.
Sebaik sahaja Ali masuk ke dalam bilik air,Alicia tersenyum kecil sambil bercekak pinggang. Dia memandang ke arah bakul pakaian kotor Ali,hari ini berbeza dengan dua hari lalu. Ali ni memang sengaja yang menyusahkannya.
"Abang Aliku sayang,hari ni aku nak pergi dobi dengan Roza dan Iman. Kau ada baju kotor tak? Boleh aku minta tolong pak cik mesin tu basuhkan sekali." Jerit Alicia dalam nada yang pasti akan membuatkan Ali meremang bulu roma. Dia sendiri yang menyebutnya juga turut geli geleman. Niatnya hanya mahu mengusik Ali.
"Kau rabun ke buta? Tak nampak dalam bakul tu ada baju? Ambil jelah! Nanti upahnya aku bayar." Balas Ali dari dalam bilik air. Dari nadanya jelas menunjukkan bahawa dia tidak suka dengan intonasi Alicia tadi. Mengelikan!
"Okey. Aku ambil,ya? Upahnya nanti aku nak kau belanja aku lamb chop dekat restoran jalan utama tu. Tak mahal pun RM 15 satu set. Abang Ali kesayangan aku ni kaya. Pergi dulu,bye!" Ujar Alicia sambil membawa bakul pakaian Ali keluar dari bilik kembarnya itu. Ali yang di dalam bilik air itu hanya mampu menggeleng kepala sahaja dengan perangai Alicia.
"Haish,bukan calang calang kau minta,Icha. Tapi tak apalah demi orang yang berharga dalam hidup aku,aku sanggup berhabis." Kata Ali lalu kembali mandi. Alicia turun ke tingkat bawah sambil membawa bakul pakaian dari bilik Ali. Diruang tamu sudah terlihat Iman dan Roza yang sudah mula mengira jumlah pakaian yang berjaya mereka kumpulkan.
"Ini yang terakhir. Tapi baju Ali tak banyak mana pun." Kata Alicia sambil meletakkan bakul itu ke lantai.
"Mujurlah dia tu tak suka kumpul baju kotor macam yang lain. Kalau tak jenuhlah kita nak tolong cucikan setiap minggu macam ni." Rumgut Roza mengenangkan sikap adik adik lelakinya yang lebih suka mengumpul pakaian kotor. Kata mereka,jika mereka tidak buat begitu,siapa yang akan bantu Mika yang sedang mengusahakan dobi cucian kering. Mereka hanya pasrah saja.
"Jomlah gerak sekarang. Nanti Mika bising pula." Kata Iman lalu mula mengangkat dua bakul sekali gus lalu berjalan menuju ke arah kereta milik Roza. Alicia dan Roza juga turut melakukan perkara yang sama. Setelah itu,kereta yang dipenuhi pakaian kotor itu mula bergerak menuju ke dobi milik Mika yang terletak di tengah bandar.
"Lambat hari ni. Biasanya pukul 9 pagi lagi korang dah terpacak dekat sini mencuci." Tegur Mika yang sedang menyemak senarai pakaian cucianya yang bakal diambil tengah hari ini.
"Ali punya baju lambat. Katanya nak bagi semalam dekat aku tapi aku terpaksa bertandang ke bilik dia sendiri ambil. Sebab tulah lambat." Jawab Alicia mewakili mereka bertiga. Dia mula membantu Iman dan Roza memasukkan pakaian kotor itu ke dalam mesin cucian automatik yang mampu memuatkan pakaian dalam kuantiti 10 kilogram.
"Budak tu lupalah tu. Semalamkan dia ada temu janji dengan Dr. Hasrul pasal masalah kesihatannya tu. Mesti dia tak sempat nak bagi dekat kau." Jawab Mika yang masih sibuk dengan kerjanya.
"Kau percayalah cakap Ali dia buat check up padahal dia pergi makan lamb chop dekat restoran Rudy. Kalau team bola Ali berjaya ujian saringan dan masuk ke peringkat seterusnya,Rudy dah janji nak belanja Ali makan dekat restoran dia." Jelas Alicia. Penjelasannya itu membuatkan Roza,Iman dan Mika terkejut.
"Kau ni biar betul?!!"
"Tak kanlah aku nak tipu. Ali send gambar dia dengan Rudy dekat aku semalam. Buakn main seronok lagi makan lamb chop. Geram betul aku dengan budak ni." Kata Alicia sambil merungut. Perbualan empat beradik itu terhenti saat telinga mereka terdengar bunyi loceng dari pintu masuk dobi. Mika terus sahaja tersenyum saat melihat kelibat manusia ini kerana dia memang menantikan kedatang mereka sejak pagi lagi.
"Cik Mika,mana pakaian tuan saya yang saya hantar ke sini dua hari lepas. Saya harap ianya sudah siap dan sedia." Kata wanita itu kepada Mika. Teris sahaja Mika memberikan pakaian yang sudah siap dibungkus kemas dalam plastik lutsinar kepada gadis itu menunjukkan bahawa pakaian itu sudah siap untuk diambil.
Teris sahaja wanita itu tersenyum dan menyambut huluran Mika. Mereka melakukan proses pambayaran dan setelah dia dia beredar pergi. Mika menyimpan duit itu ke dalam mesin wang tunai dan kembali melakukan tugasnya.
Walaupun bersikap kasar namun saat berurusan dengan pelanggan,Mika sangat berhemah dan lemah lembut. Mika memang menjaga keutamaan pelanggannya dan sentiasa memastikan agar perkhidmatan yang diberikan sempurna. Kerana bukan orang biasa sahaja yang datang bertandang ke dobinya tapi orang orang kenamaan juga turut menghantar baju di sini. Jadi,Mika mahu berikan perkhidmatan yang sangat sempurna.
******
"Rasanya kita boleh tutup sekejap. Dah masuk zohor dah ni. Pelanggan pun tak ada." Kata Khai yang sedang sibuk mengemas meja. Rudy dan Bulat juga mengangguk seteju dengan cadangan Khai. Mereka bersiap untuk menutup kedai bagi menunaikan kewajipan dan berehat seketika.
Rudy,Bulat dan Khai,tiga kembar yang pastinya susah untuk berpisah lebih memilih untuk membangunkan restoran bersama. Jadi mereka bertiga mengambil jurusan perniagaan dan mula berkongsi modal agar dapat menyewa kawasan yang strategik ditengah bandar ini untuk memulakan perniagaan mereka.
Mujurkah dengan bantuan tukang masak terbaik merangkap kakak kesayangan mereka pada mulanya,mereka berjaya mengaut keuntungan yang agak lumayan pada bulan pertama. Adik beradik mereka juga banyak membantu dalam menjayakan restoran ini. Iman juga banyak berkongsi ilmu masakannya kepada Rudy yang merupakan ketua chef direstoran itu.
Restoran mereka yang dulunya hanya mereka bertiga sahaja pekerjanya kini memiliki tujuh orang pekerja dan mereka semakin sibuk menguruskan perniagaan. Namun begitu,mereka tidak pernah lupa meluangkan masa bersama keluarga. Setelah selesai menunaikan kewajipan mereka di surau berdekatan,mereka kembali membuka perniagaan.
"Hey,korang!"
Sapaan tadi membuatkan tiga beradik ini memandang ke arah pintu meja yang diduduki oleh seseorang. Dari jauh nampak seperti sangat dikenali terus sahaja Khai berjalan menghampirnya.
"Macam biasa." Katanya bersahaja bagaikan pelanggan tetap di restoran itu. Setelah mengambil pesanan,Khai terus berlalu ke dapur mendapatkan Rudy dan Bulat.
Kenapa macam pernah tengok,tapi dimana?
Bersambung....
YOU ARE READING
Keluarga II
General FictionSambungan Keluarga yang mengisahkan tentang 12 adik beradik. Kali ini mereka semakin meningkat dewasa dan ada yang sudah memiliki kerjaya sendiri. Kisah yang memaparkan konflik yang sering berlaku antara adik beradik kebanyakkannya diambil dari kisa...