Sebulan kemudian...
"Korang,aku pergi dulu. Assalamualaikum!!" Ujar Ali lalu terus berlari keluar dari rumah. Dia mendapatkan motosikal Y15ZR kesayangannya lalu memecut meninggalkan kawasan rumah. Mika yang baru saja keluar dari perut keretanya terkejut dengan Ali yang tergesa gesa. Dia lantas masuk kedalam rumah.
"Mana Ali nak pergi? Tergesa gesa je,aku tengok dia keluar." Tanya Mika kepada adik beradiknya yang sedang melepak di ruang tamu. Zass yang sedang memerhati perlawanan permainan video antara Rudy dan Jet menjawab.
"Dia tak cakap pula nak pergi mana. Cuba kau tanya Icha. Mungkin dia tahu mana pergi budak tu." Jawab Zass. Namun tiba sahaja kepalanya terasa sakit bagaikan diketuk oleh seseorang. Apabila dilihat,rupanya manusia itu ialah Moon.
"Kau ni,hari ni kan last paper Alicia. Ali pergi jemput dia. Sebab dah cuti sem." Jelas Moon. Mendengar sahaja jawalan Moon itu membuatkan Mika terkejut.
"Jemput Alicia? Naik motor?"
Sekali lagi Moon mengangguk polos. Bagaikan tidak faham apa apa,terus sahaja dia beralih kembali ke arah Rudy dan Jet yang sedang berlawan permainan video itu.
Ali menghentikan motornya betul betul dihadapan perkarangan Universiti Utama Cyberaya. Ali duduk dibawah pokok sambil menunggu. Ketikamitu dia sempat bermain permainan video dalam telefon bimbitnya bagi menghilangkan bosan. Dia bangga dengan kembarnya itu. Alicia menyambung pelajarannya dalam bidang kedoktoran. Pada mulanya,Ali menbantah keras. Namun atas alasan kukuh Alicia,akhirnya dia terpaksa akur juga dengan keputusan Alicia.
Kini Alicia sudah berada diakhir pengajian diploma. Tak lama lagi dia akan menyambung pengajiannya dalam peringkat ijazah. Jika keputusan Alicia memberangsangkan,dia akan ditaja belajar diluar negara sehingga ke peringkat doktor falsafah.
"Dah lama kau tunggu aku?"
Suara sapaan itu membuatkan Ali terkejut. Terus sahaja dia menyimpan telefonnya kedalam poket seluar. Dia melihat Alicia lama. Pelik mengapa Alicia hanya menggalas dua beg galas sahaja. Bagaikan memiliki telepati,Alicia terus sahaja bersuara.
"Kau kan jemput aku naik motor buruk kau ni. Tak kanlah aku nak bawa bagasi balik,fikirlah logik sikit." Sambil menendang tayar motor Y15ZR kesayangan Ali,Alicia meletakkan satu beg galasnya ke dalam raga motor.
"Apa ni main tendang tendang. Motor ni berjasa dengan kau tahu. Kalau tak kau balik naik bas atau teksi." Gurau Ali. Alicia hanya memutar bola matanya dengan jawapan Ali.
"Apa apa jelah. Cepatlah jom balik. Aku nak tidur ni,semalaman aku berjaga seba study last paper." Beritahu Alicia. Ali terus menghidupkan enjin motosikalnya lalu Alicia membonceng dibelakang lalu motosikal Ali memecut meninggalkan perkarangan universiti.
Sepanjang perjalanan mereka hanya berdiam diri. Alicia lebih selesa memegang bahagian belakang motor berbanding memeluk pinggang Ali. Bukan dia tidak biasa membongceng motosikal bersama Ali,cuma kali ini dia agak segan melakukannya dihadpaan rakan rakannya diuniversiti.
"Macam mana exam kau? Okey?" Ali memulakan perbualan.
"Okey je. Nak kata susah,tak juga. Nak kata senang,adalah susah juga. Tapi alhamdulillah aku boleh jawab semua soalan dengan baik." Jawab Alicia terus terang. Ali hanya mengangguk. Dia masih terus tengan tunggangannya. Dia tidak mahu dia san Alicia terlibat dengan kemalangan. Dia mahu membawa Alicia tiba ke rumah dengan selamat.
Dalam masa sejam tanpa kesesakan lalu lintas,mereka tiba dengan selamat ke rumah. Ali membawa masuk beg Alicia yang ada di dalam raga motor masuk kedalam rumah lalu diletakkan ditepi tangga. Kemudian dia berjalan keruang tamu bagi melihat perlawanan permainan video.
"Ya,ampun!! Macam mana aku boleh kalah??!!" Cetus Khai tidak puas hati. Moon yang memegang alat kawalan jauh itu hanya tersenyum bangga. Kali pertama dia menang dalam setiap perlawana yang meraka jalankan.
"Lain kali jangan berlagak. Sudahnya kau kalah ditangan Moon." Kata Mika sambil bertepuk tangan bersama Moon. Dia juga berasa seronok kerana Moon berjaya menewaskan Khai. Khai hanya bercebik bibirnya.
"Mulut tu karang,aku potong suruh Iman masak sambal lemak cili api." Amaran Chris.
"Tak naklah masak lemak cili api. Tak puaslah nanti kita kena rebut bibir Khai. Kita gurau je." Sahut Jet.
"Goreng rempah. Sedap juga tu." Balas Iman juga turut melayan.
"Korang ni bab kenakan oranglah,memang laju." Ujar Khai lalu dia tertawa. Melihat Khai yang turut tertawa bagaikan tiada apa apa yang berlaku,mereka juga turut tertawa.
Telefon rumah berdering menandakan bahawa ada seseorang memanggil. Oleh kerana paling hampir,Bulat terus mengangkat gangang telefon itu bagi menerima panggilan.
"Hello?"
"Wei,apasal aku call dekat phone semua tak angkat?"
Suara bingit dihujung talian membuatkan Bulat menjauhkan sedikit gangang telefon daripada telinganya. Boleh pekak telinga aku ni nanti.
"Sorrylah. Bukan tak nak angkat tapi tak dengar. Sibuk layan game dekat ruang tamu. Kau nak apa?" Tanya Bulat kepada insan dihujung talian yang sudah dua minggu mereka tidak jumpa. Iaitu kakak sulung mereka,Roza yang pergi bercuti sempena bulan madunya. Sepanjang dua minggu Roza tiada,Zass mengalas tanggungjawabnya dengan baik.
"Tolonglah jemput kitaorang dah sampai airport ni. Minta tolong sesiapa yang free." Minta Roza dihujung talian.
"Yelah." Jawab Bukat lalu menamatkan panggilan.
"Siapa?" Tanya Jet.
"Roza. Dia minta jemput dia dengan abang Hafiz dekat airport." Mendengar sahaja kata kata Bulat tadi,Aki terus bersuara.
"Biar aku pergi. Lagipun aku tak ada apa apa nak buat sekarang." Ali menawar diri. "Tapi boleh aku pinjam kereta?" Minta Ali.
"Ambillah. Kunci atas dekat rak tu." Jawab Chris. Ali mengangguk lalu dia terus mencapai kunci kereta Gen2 milik Chris lalu keluar dari rumah bagi menjemput Roza dan abang iparnya. Dengan hati yang terbuka,mereka boleh terima Ali sudah disingkirkan dari pasukan bola sepak oleh kerana rekod kesihatannya. Buat sementara waktu,Ali mengambil keputusan untuk berehat sahaja dirumah.
Majlis perkahwinan Roza,semuanya ditanggung oleh Ali. Dengan duit yang beratus ribu dalam akaun simpannya,dia putuskan untuk menaja sepenuhnya majlis perkahwinan kakak sulungnya dan membelikan sebuah rumah teres untuk mereka memulakan hidup baru. Seperti apa yang Ali selaku katakan,dia tidak pernah berkira dengan adik beradiknya.
Sementara dia masih 'bercuti' dia putuskan untuk menjadi 'teksi' adik beradiknya jika ada apa apa kecemasan terjadi. Ali akan segera kesana bagi memudahkan urusan semua pihak dan pastinya menjimatkan.
Bersambung....
YOU ARE READING
Keluarga II
قصص عامةSambungan Keluarga yang mengisahkan tentang 12 adik beradik. Kali ini mereka semakin meningkat dewasa dan ada yang sudah memiliki kerjaya sendiri. Kisah yang memaparkan konflik yang sering berlaku antara adik beradik kebanyakkannya diambil dari kisa...