Makin lama makin meningkat usia makin banyak pengalaman yang dialami.
Gembira, sedih, takut, marah, kadang empat perasaan ni datang dalam satu hari.
Boleh jadi selepas bangun saja dari tidur, emosi kau gembira. Namun perasaan itu akan berubah sekelip mata saat kau melangkah keluar dari bilik tidur.
Begitu juga dengan perasaan yang lain. Perasaan itu berubah sekelip mata saat fikiran mula berubah.
Positif?
Bukan mudah untuk terus berfikiran positif walaupun aku tahu aku tak patut berputus asa untuk positif.
Tiada siapa yang menanyakan khabar. Keluarga dan kawan rapat seperti wujud tak wujud. fuh hanya diri sendiri dapat memujuk diri sendiri.
Kuatkan diri, untuk diri sendiri.
Aku tahu Allah uji hamba Dia yang mampu.
Hanya orang terpilih sahaja yang dapat ujian daripadanya.
Aku patut bangga dengan diriku.
senyuman..
makin lama makin payah untuk aku ukirkan kerana rasanya tiada guna lagi untuk aku.
ARGHH!!
Bisikan negatif mula menerpa saat aku sendiri hanya lagu pembangkit semangat menjadi halwa telingaku.
Saat ini baru aku tahu bagaimana rasanya menjadi seorang remaja yang tidak tahu mengurus tika masalah melanda.
Bukan mudah untuk bangkit tanpa sesiapa yang beri semangat.
Maafkan aku Allah, hanya dengan masalah kecil aku mengeluh. Aku perlukan kekuatan darimu.
Hasbunallahu wa ni'mal wakil, Ni'mal maula wa ni'man nashir.
Syukran kepada yang membaca sampai habis. Admin hargai sangat :)
Maaf tak puslish quotes selalu in shaa Allah nanti admin wat combo quotes biar panjang-panjang lambat habis, biar korang baca part tu lama-lama. hehhehehe.
Fii amanillah.
YOU ARE READING
Quotes! Tarbiah Signal II
Short StoryBismillahirahmanirahim.. alhamdulillah Admin dah boleh buka quotes baru!! 😊😊 Admin harap sangat korang dapat manfaat setiap bab yang admin published..