"Banyak serigala yang kanda dapat?" soal Permaisuri Baek kepada suaminya. Hanya senyuman nipis dibibir.. Raja Baek tersenyum gembira ke arah permaisuri kesayangannya. "Dapat 2 ekor. Hari ni sejuk di luar...tak banyak seringala keluar." Raja Baek membuka kot sejuknya dan menghulurkan kepada dayang istana untuk dibersihkan. Kot tersebut penuh dengan darah serigala hasil buruannya bersama pembantu pembantunya.
Permaisuri Baek mengeluh. Wanita dalam lingkungan umur 20-an itu duduk di atas katil sambil melihat suaminya menukar pakaian. Perasan akan keluhan itu...Raja Baek melutut dihadapan isterinya. "Mengapa mengeluh,adinda? Apa yang membuatkan adinda resah?" Di menyentuh lembut wajah isterinya.
"Kanda...sudah sudahlah dengan berburu.... Kanda tidak takut akan sumpahan itu? Kasihanilah anakanda kita ni." wajah merayu Permaisuri Baek ditatap sayu. Dia menggenggam erat tangan isterinya kemudian mengusap perut isterinya yang sudah membesar. Mengenangkan sumpahan yang dijanjikan akibat tabiat memburu serigala sejak lama dulu oleh keluarga Raja Baek...membuatkan dia terpaksa akur dengan permintaan isterinya...
"Argh...." tiba-tiba perut Permaisuri Baek meragam. Sudah tiba masa untuk dia bersalin.. Raja menjadi kalut. Dia terus melaung memanggil seseorang."Cik Oh!!!!! Tolong Permaisuri. Dia sudah mahu bersalin!!"
Tak lama kemudian,datang seorang wanita lingkungan 40-an masuk ke dalam kamar diraja. Dia terus menuju ke arah permaisuri untuk membantunya bersalin.
"Tuanku,patik harap tuanku boleh tunggu diluar kamar." Cik Oh menunduk ke arah raja yang dia hormati. Tak lama selepas itu,kecoh satu istana yang Permaisuri akan bersalin. Semua pekerja pekerja istana berpusu-pusu menuju ke depan kamar diraja. Raja Baek yang gundah gulana itu ditenangkan oleh En.Lee,setiausaha diraja. "Sabarlah tuanku,tuanku permaisuri akan baik baik sahaja."
"Terima kasih,En.Lee. Baginda takut,jika sumpahan itu berlaku pada anakanda beta." Dia meluahkan isi hatinya yang terpendam. En.Lee satu satunya sahabat yang dia percaya.
Selepas beberapa jam,menunggu akhirnya mereka mendengar bunyi bayi menangis...
Diselangi bunyi menyalak......
Apa yang dirisaukan keluarga diraja akhirnya menjadi kenyataan....
🌸🌸🌸🌸🌸
YOU ARE READING
Tears Of Chaos
FantasyPutera dengan sumpahan kekal... Hanya keikhlasan mampu merungkai... Bertemu puteri sama nasib... Berubah tak menjamin cinta yang abadi.. Mampukah mereka bersama...