2 tahun kemudian....
"SELAGI BETA HIDUP, BETA AKAN JAGA ANAKANDA BETA!!! MUKTAMAD!!" Kedengaran suara Raja Baek memarahi seseorang di dalam bilik bacaannya. Seorang lelaki yang berdiri dihadapan Raja memandangnya sinis. "Selagi tuanku masih hidup,tuanku boleh la jaga dia...beberapa tahun lagi..mungkin anak malang itu akan menjadi raja negara ini... Tapi dengan rupa yang begitu...tuanku rasa anak tuanku akan mampu memerintah dengan baik?" Tuan muda Seo,anak saudara Raja Baek memandang sinis pakciknya.
"Kalau aku serigala sekali pun....apa masalah kau?" tersentak Tuan Muda Seo mendengarkan suara garau seseorang..bukan...sesuatu. Baekgyeul memandang sepupunya dengan penuh amarah bersama mata biru lait yang dimilikinya. Sesekali bulunya ditip angin menampakkan parut dia mukanya. "Kau tak sedar lagi,kau serigala. Anak yang...Argh!!!!!" kata Seo terhenti apabila Baekgyeul menggenggam kemas kolar baju Seo. "Sekali lagi kau cakap pasal aku....aku tak teragak agak untuk membunuh kau...." suara rendah sang serigala itu mampu membuatkan Seo takut.
"Baekgyeul.... Ayahanda arahkan kamu lepaskan sepupu kamu. Tolong." Tenang suara Raja Baek memujuk anaknya melepaskan Seo. Baekgyeul mendengus dan melepaskan sepupunya,lalu beredar meninggalkan mereka di bilik bacaan.
"Tolong Seo...kalau kamu rasa kamu boleh duduki tahta beta untuk menggantikan anakanda beta...kamu salah. Balik la sebelum ayahanda kamu tahu kedatangan kamu ke sini." Raja Baek mengeluh lalu mempersilakan Seo keluar dari bilik bacaan tu. "En.Lee...iringi dia pergi."
"Baiklah Tuanku." En.Lee,menunduk hormat dan mengikut Tuan Muda Seo dari belakang. Selepas Tuan Muda Seo meninggalkan bilik bacaaan,Raja Baek menuju ke tingkap besar sebelah mejanya. Dari situ,dia dapat melihat anakanda kesayangannya, Putera Mahkota Baekgyeul melangkah keluar dari istana. Walaupun lagak anakandanya itu persis seorang manusia,tetapi rupa yang dimiliki olehnya... Rupa serigala. Dengan bulu keperangan dan mata biru laut itu membuatkan rakyat takut dengannya dahulu.
Lama kelamaan,rakyat Kerajaan Baek mampu menerima Baekgyeul kerana hatinya yang murni dan sering membantu rakyat yang kesusahan.
"Keikhlasan yang anakanda dambakan...ayahanda harap kamu dapat kecapinya." Raja Baek mengeluh sebelum meninggalkan bilik bacaan itu.
YOU ARE READING
Tears Of Chaos
FantasyPutera dengan sumpahan kekal... Hanya keikhlasan mampu merungkai... Bertemu puteri sama nasib... Berubah tak menjamin cinta yang abadi.. Mampukah mereka bersama...