Baekgyeul keluar dari istana untuk bersiar-siar bagi menenangkan hati yang sakit. Dia menutupi badan dan kepalanya dengan jubah berhub. Tetapi rakyat masih boleh mengecam beliau kerana sebahagian mukanya masih boleh dilihat.
Rakyat yang lalu lalang tunduk hormat kepadanya. Dia tersenyum nipis. Jika dia senyum dengan senyuman yang lebar, gigi taringnya akan terserlah. Dia takut jika ada yang terkejut melihatnya nanti.
Baekgyeul menuju ke sebuah kedai roti hujung jalan. Pintu kedai tersebut ditolak dan dia menundukkan badanyan untuk masuk. Pintu itu terlalu kecil untuknya masuk,jadi itulah caranya.
"Selamat datang!! Eh,tuan putera." tersenyum seorang gadis kearahnya. Baekgyeul kaku. Wajah gadis itu diamatinya. Mata keperangan dengan rambut hitam paras leher. Baju gaun berwarna merah jambu lembut dikenakan dengan flat shoes berwarna hitam. Gadis itu menundukkan sedikit badan tanda hormat kepadanya.
"Siapa kamu?? Beta tak pernah melihat kamu disini?" Baekgyeul bertanya pelik sebelum melabuhkan punggungnya ke atas sofa khas. Hanya untuknya. "Dia sepupu aku. Dia ada je kat kedai ni tapi kau je tak tau." muncul Wonhyuk dari dapur membawa satu bakul penuh dengan roti sosej kesukaan Baekgyeul. "Byul,makcik perlukan kau di dapur dan..." Wonhyuk berhenti berkata dan menyambung dengan nada yang perlahan. "Jangan cakap denga sesiapa pasal putera." berbaur amaran,Byul seakan faham dengan apa yang sepupunya katakan.
Sempat Byul tersenyum ke arah Baekgyeul sebelum pergi ke dapur. Baekgyeul seakan terpana melihat kecantikan Byul tetapi dia sedar ada beberapa pelanggan sedang tergelak kecil melihat perilakunya. Berasa malu dia bangun dan menuju ke arah Wonhyuk. "Kenapa beta kena jemput kamu sedangkan kamu pembantu beta?" jawap Baekgyeul bengang. Wonhyuk hanya tergelak kecil. Dia membetulkan tali lehernya dan kot sebelum berangkat ke istana semula.
Lee Wonhyuk adalah anak kepada En.Lee,setiausaha diraja. Sedari kecil,dia memang rapat dengan Baekgyeul kerana putera tersebut tiada kawan bermain akibat rupanya seperti serigala. Mereka membesar bersama, dan segala-galanya dilakukan bersama.
Semasa perjalanan ke istana semula,seorang budak perempuan berlari ke arah mereka. Dia tersengih dan menarik jubah Baekgyeul untuk menarik perhatian putera raja tersebut. Baekgyeul tersenyum dan melutut dihadapan budak itu.
"Nah ini untuk tuanku." budak tersebut menyerahkan sejambak bunga magnolia kepada sang putera tersebut lalu meninggalkan mereka begitu sahaja. Baekgyeul kehairanan.
"Eh,bunga magnolia ni....macam aku kenal...." Wonhyuk meneliti bunga yang ada ditangan Baekgyeul. "Iya ke, kau pernah jumpa bunga ni kat mana?" mula bercakap formal dengan sahabatnya itu,dia pun kehairanan.
"Byul ada beli bunga ni pagi tadi. Katanya nak letak dibilik. Ini bunga kesukaannya." Wonhyuk memberitahu Baekgyeul selepas mengenalpasti dimana dia melihat bunga tersebut." Dia sukakan magnolia?" Baekgyeul bertanya. Wonhyuk hanya mengangguk lalu mereka meneruskan perjalanan mereka.
"Beta juga sukakan magnolia..."
Mungkinkan keikhlasan yang dicari akan muncul?
🌸🌸🌸🌸🌸
YOU ARE READING
Tears Of Chaos
FantasyPutera dengan sumpahan kekal... Hanya keikhlasan mampu merungkai... Bertemu puteri sama nasib... Berubah tak menjamin cinta yang abadi.. Mampukah mereka bersama...