Senja

87 11 8
                                    

Baru saja keretaku mahu meninggalkan perkarangan rumah kedengaran Mamy memanggilku.

" kemana?"

Aku menoleh ke arah Mamy lalu tersenyum.

"Mau ikut My?"

"Ke mana?"Mom mengerut dahi.

"Dekat jer, ke tepi laut sana"

"Buat apa ke sana? Mau hujan lagi ni"

"Mana ada hujan eh,Mamy ni..." Aku gelak kecil.

"Mendung kan,jadi nak hujan lah tu"

"Mendung tak bererti hujan,, My mau ikut tak?"

"Pergilah,jangan lambat pulang"

Aku angguk dan berlalu pergi dari perkarangan rumah.Sejujurnya aku lebih suka menghabiskan waktu dirumah saja berbanding diluar rumah, Tapi entah kenapa aku tiba-tiba ingin menghirup udara segar disaat ini. Sedangkan tadinya aku plan mau watching movie di lappy.

Sampai di pinggiran pantai aku slowkan kereta dan mataku meliar mencari port yang tiada orang di sekitarnya. Memandangkan sekarang Covid sedang mengganas, sosial distance itu di titik beratkan. Kononlah. Sedangkan memang aku nak bersendirian sebenarnya.

Aku sisipkan Medicine box kecil dan phone ke dalam poket seluar. Botol air mineral 500ml di tangan kananku. Aku atur langkah ke hujung tanjung setelah lock keretaku.

Sunyi tanpa sesiapa dia persekitaran. that's good! Bisik hati kecilku. Kalau bukan pandemic sudah pasti tempat ni di penuhi orang ramai,apatah lagi di hujung minggu begini.

Aku melabuhkan punggungku di sebatang kayu yang hampir reput. Buka mask yang menutupi separuh wajahku lalu check phone untuk lihat jam.

Ada 10 minit lagi bisik hati kecilku...mataku masih jenuh memandang screen phone, Aku check beberapa chat di WhatsApp. Mostly dari group. Tak penting untuk di reply. Check sosial app yang lain. Kelihatannya sepi. No inbox atau notification yang lain.

Aku mengeluh kecil dan buangkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas. Angin lembut menyapa pipiku. Terasa ada air jernih mengalir di tubir mataku.

"Don't cry" kata hati kecilku.

Lately banyak sangat hal yang menganggu fikiranku. Ada saatnya aku rasa tak ingin bangun dari tidurku. Kerna bila mata ini terbuka,akan disusuli beberapa hal dalam benak fikiran. Nak mengadu tapi dengan siapa? Bukan tak percaya sesiapa tapi aku lebih memilih memendamkan sendiri. Nak nangis tapi bahu siapa yang boleh ku pinjam untuk rebahkan kepalaku? Bukan tiada pilihan tapi aku tak mahu buat orang rasa terbeban dengan kisah malangku.

Huh! Alarm mematikan fikiranku yang mula menerawang. Meds time!

Sampai bila kau akan setia bersamaku? 1 tahun? 10 tahun? Mataku merenung tajam ke arah box kecil yang berisi beberapa kapsul medicine.

Sometimes Aku tak punya pilihan selain berserah! Berserah bukan bererti aku kalah tapi berserah disaat fikiran sudah buntu mencari jawapan di setiap persoalan yang kunjung tiba.

Kadang aku rasa penat menangis,kadang aku tak boleh bendung airmata yang bergenang deras dikelopak mata.

Ada ketikanya aku terperangkap dengan emosi sendiri. Aku berlagak kuat tapi inside aku tu lemah sehabis lemah.

SENJAWhere stories live. Discover now