-BAB 1❤️ Kek Lapis Kak Ton🍰-

73 11 6
                                    

* Bukak lagu diatas tu untuk bagi feeling² drama korea sikit😂

"WEY KAU DEKAT MANA NI?"

"Hishh kau ni dengan salam tak ada tetiba menjerit ni dah kenapa? Aku dekat rumah laa ni. Apahal?"

"Hang boleh tanya aku pasepa? Woi kau sedar tak sekarang pukul berapa? Sekarang pukul 8.30 pagi. Nanti kalau kita lambat pergi kolej camna." Membebel Arisya melihat sikap kawannya yang satu ini.

"APADIA!!! HANG SERIOUS LAA. AKU BARU NAK PI AMBIK KUNCI KERETA NAK AMBIK HANG PI KELAS." Ni laa dia seketul Ainina Sajeeda yang suka menyakat orang🤦.

"Hishh kau ni suka bagi aku takut camni. Hmm kalau macam tu nanti kau ambil aku dekat rumah aku je laa." Pesan Arisya kepada Ainina.

"Okey madam." Ainina membuat gaya tabik hormat kepada Arisya. Seolah-olah Arisya berbual di depannya sekarang.

Ainina menutup pintu pintu biliknya setelah dia sudah selesai mengemas katil dan barang keperluannya untuk ke kolej.

"Tok ohh tokk. Eda nakpi kolej ni tok." Sajeeda memanggil neneknya. Tetapi kelibat neneknya tidak ada di kelihatan.

Sementara Ainina menunggu neneknya balik, dia melihat dan membelek sebuah gambar di ruang tamu tersebut. Gambar itu adalah gambar arwah ibu bapanya yang meninggal semasa dia berumur 5 tahun akibat kemalangan jalan raya.

"Ibu, abi Eda janji Eda akan belajar rajin-rajin, tolong tok Mah buat kerja, tak tinggai solat dan Eda selalu doakan ibu dengan abi supaya ditempatkan dikalangan orang yang beriman." Tanpa dia sedar airmatanya menitis dengan perlahan.

"Eda!!! Ooo Eda. Tok dah balik ni!!!"
Laung Tok Mah dari arah dapur. Kemudian Ainina bergegas ke dapur untuk membuka pintu untuk neneknya.

"Haa tok Eda nak kena pi dah ni. Dah lewat kesian Isya satgi tunggu." Pesan Ainina kepada neneknya

"Hang makan ka dak lagi. Kalau tak makan pi makan dulu. Nanti kena penyakit gastrok nanti kesian kat hang takleh nak belajaq." Nasihat Tok Mah. Bukannya apa dia tidak mahu cucunya sakit.

"Hahaha. Tok bukan gastrok laa gastrik. Takpa aihh Eda makan dah tadi lepaih mayang subuh. Ni Eda nakpi dah tok. Assalammualaikum" Eda menyalami neneknya.

"Haa bawak kereta tu elok-elok tau. Waalaikumsalam Eda" Tok Mah mengikuti Ainina ke pintu depan.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Haa sampai pun."

"Lama ke kau tunggu." Tanya Ainina

"Tak lama pun. Adalah dalam 1 jam tunggu kau tadi." Perli Arisya

"Ouhh sorry laa tadi aku tunggu Tok Mah. Dia pergi kebun." Terang Ainina kepada Arisya.

"Aku tahu laa. Saja jer aku nak takutkan kau. Lagipun aku tak percaya yang kau suka datang lambat macam ni." Arisya sudah kenal dengan perangai Ainina yang selalu 'on time' bila buat kerja.

"Haa tau pun."

"Kalau macam tu sekarang ni biar aku drive. Kau rehat kejap." Cadang Arisya

"Okay." Kemudian mereka bertukar tempat.
.

.

.

Ugly BeautyWhere stories live. Discover now