-BAB 2❤️Nasib malang😱-

60 11 26
                                    


"Nah"

"Terima kas--"

Ainina terpaku melihat hamba Allah yang menolongnya tadi. Terasa seperti dunia ini berhenti seketika.

' Ya Allah ni ka orang yang tolong aku tadi. Tok Mah Eda dah jumpa bakal suami Tok Mah!!!'

Nilah perempuan. Asal jumpa yang segak sikit calon mantu calon suami. Habis tu yang kurang segak ni apa, bakal ahli-ahli jenazah?

"Assalamualaikum, awak. Awak tengok apa tu?" Soal jejaka yang menolongnya tadi.

' Ehh Ainina tolong ingat garaj hang. Ehh crush.' menolog Ainina di dalam hati.

"Ehh waalaikumsalam. Terima kasih encik sebab bantu saya tadi." Penuh sopan-santun Ainina bersuara.

"Hehe takpe hal kecil je yang tu. Btw awak tengok apa tadi sampai saya panggil tak dengar?" Soalnya kepada Ainina.

"Ohh yang tu tadi saya terlibat bidadara kiriman tuhan tadi." Ulas Ainina dengan maksud yang tersirat.

"Siapa?" Soal lelaki tersebut sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Nothing." Jawab Ainina

"Hehe comel lah awak ni. Dah laa awak macam teddy bear adik saya. Ni kalau kena peluk mesti seronok." Kata lelaki tersebut.

Ainina mengeluarkan pepper spray di dalam begnya.

"Awak jangan dekat. Nanti saya sembur dekat mata awak buta nanti." Ainina mencipta jarak antara dia dan lelaki itu.

"Wooohoo. Saya rasa awak mesti salah anggap ni. Saya kata awak sama macam teddy bear adik saya tu." Terang lelaki tersebut sambil meletakkan tangan ke depan untuk menghalang Ainina bertindak demikian.

"Ohh. Ingatkan awak nak peluk saya tadi." Ainina menggaru kepalanya yang berlapikkan tudung itu. Dia menyangka lelaki tersebut ingin mengambil kesempatan terhadapnya.

Lelaki tersebut hanya tersenyum melihat gelagat wanita yang berada di depannya.

"Apa kata kita jadi kawan nak tak?" Cadang lelaki tersebut.

"Awak nak kawan dengan saya?" Kini persoalan dibalas dengan persoalan.

"Haah saya nak kawan dengan awak." Lelaki tersebut berkata sambil senyum sehingga menampakkan giginya yang tersusun dan putih itu.

"Awak jangan malu-malu. Saya tak kisah penampilan awak macam mana yang penting saya ikhlas nak kawan dengan awak." Terang lelaki tersebut.

"Hmm okay laa kalau macam tu." Ainina sudah mati kata tidak tahu hendak membalas apa.

"Nama saya Huzair Syahiran. Awak?" Huzair memperkenalkan dirinya kepada Ainina.

"Ainina Sajeeda." Balas Ainina ringkas.

Mereka sekadar memberikan senyuman sahaja. "Awak orang baru ke dekat sini?" Soal Ainina.

"Haah saya baru datang sini minggu lepas." Jawab Huzair

"Ouhh. Tak apalah kalau macam tu saya kena pergi dulu. Terima kasih tolong saya." Ucap Ainina.

"Okay. Nanti kita jumpa lagi tau." Huzair melambaikan tangannya kepada Ainina.

' Comel.' Gumam Huzair di dalam hatinya.

.

.

Ugly BeautyWhere stories live. Discover now