HKAC 1

11.7K 92 3
                                    

"Ara tak nak!"

Sunyi satu rumah mendengar jeritan dari seorang gadis.Naik turun dada gadis tersebut menahan kemarahannya.Memang dia rasa bersalah kerana meninggikan suaranya kepada ibu bapanya tetapi permintaan mereka terlalu susah untuk dia terima.

"Tolonglah Ara,bukan abah yang minta tapi nenek kamu.Abah tak boleh tolak lagipun dah memang ada dalam wasiat nenek."gadis yang menjerit tadi duduk semula selepas mendengar rayuan abahnya.Tersentuh juga hatinya mendengar suara rayuan abahnya.

Adara atau nama penuhnya Adara Khalishah memandang ibunya pula.Raut wajah ibunya kelihatan sedih,tak sanggup dia nak membantah sekali lagi permintaan gila dari ibu dan ayahnya.Tetapi memang patut dia tolak!

Kahwin umur 18?Sudah tentu dia tidak mau!Adara masih ada cita-cita yang ingin dicapai,dia takut dengan ikatan perkahwinan membuatkan dia tidak mampu untuk mencapai cita-citanya yang sudah lama dia impikan.

"tapi abah.."Adara bersuara.Dia cuba untuk menyampaikan pendapatnya selagi dia boleh.Dia cuba untuk menolak dengan cara yang sopan agar tidak mengguris perasaan ibu dan abahnya.

"Ara kahwin dengan dia ya sayang.."ibunya bersuara.Terus Adara sandar pada kepala sofa yang dia duduk.Dengan suara lembut dari ibunya bagaimana lagi dia nak menolak.Dia tak nak ibunya bersedih tetapi dia juga tak nak berkahwin.Kerana..

..dia bakal berkahwin dengan sepupu ibunya.Gila bukan?

Memang tidak berdosa jika berkahwin dengan dia tetapi dia sudah menganggap sepupu ibunya itu sebagai ahli keluarganya sendiei walaupun mereka berdua sudah jarang bercakap setelah lama tidak berjumpa.

Dan percaya atau tidak jika dia menerima lamaran ini,bakal suaminya muda setahun dari dirinya.Sekali lagi,gila bukan?Kahwin dengan budak SPM , macam mana tak gila.

"Ara terus terang.Ara boleh terima permintaan ini tapi..dia lagi muda dari Ara!SPM pula tu.."

Encik Azri iaitu ayah Adara mengeluh perlahan.Dia sebagai bapa kepada Adara juga tidak menerima dengan permintaan dari moyang Adara tetapi wasiat tetap wasiat.

"Belah lelaki dah terima.Nak tak nak Ara kena terima juga."sekali lagi Adara tersandar di sofa.Dia nak nangis tetapi dia tahan.

Bahu Adara diusap perlahan oleh adik lelakinya,Amran.Sebagai seorang adik yang rapat dengan kakaknya,Amran turut merasakan tekanan yang dirasai oleh kakaknya sekarang.

"Okay,Ara terima.Dengan syarat,dia tak boleh halang Ara nak sambung belajar nanti.Even jauh pun,dia tak boleh halang langsung.Muktamad."terus Adara bangun dari sofa menuju ke biliknya.Dia ingin melepaskan ke semua tekanan dia dalam biliknya sekarang.

Puan Liana memandang sayu kepergian anak sulung perempuannya itu.Dia juga tidak menerima dengan permintaan ini apatah lagi dengan anaknya itu.Puan Liana memandang pula suaminya yang sudah meraup muaknya dengan kedua-dua belah tangan.Jelas kelihatan suaminya turut merasai tekanan sekarang.

"Abang dah buat yang terbaik.Kita biar dulu Ara tenang.Nanti kita bincang semula tentang kahwin tu dengan dia.Abang rehatlah dulu,saya buatkan teh untuk abang."Puan Liana berlalu pergi meninggalkan Encik Azri yang masih terdiam sepi dia ruang tamu.Amran serta adik lelakinya,Rayyan juga turut beredar dari situ.

_

Seorang lelaki terbaring di atas katil besar miliknya.Kepalanya beralaskan tangan kirinya yang menggantikan bantal.Sesekali keningnya berebut apabila memikirkan sesuatu.Sesuatu yang membuatkan dia terkejut sehingga sekarang.

Hanya Kau Aku Cintai | Re-editWhere stories live. Discover now