Baru mula diet, tapi sekejap je dah kecundang di tengah jalan. Ada 7 punca kenapa diet mudah tewas,
1. Terlalu ketat dalam jadual pemakanan.
Anda tengok orang lain puasa, anda berpuasa. Tengok ada yang tinggal nasi, anda pun tinggalkan. Akhirnya tak jelas dengan cara diet sendiri dan tak mampu nak teruskan.
2. Nak dapat result yang pantas.
Buat diet 1 minggu baru, tapi result nak pantas turun sampai 4-5kg. Bila turun hanya 500gram seminggu terus rasa kecewa. Anggap tiada progres, dan terus berhenti.
3. Bersenam di luar kemampuan.
Nak diet tapi mula senaman sampai rasa sakit-sakit lutut dan belakang. Jika anda baru nak mula, buat sahaja dulu yang mana rasa selesa. Biarkan progres mula dari bawah dan tingkatkan secara berperingkat.
4. Melebihi bajet belanja.
Ada yang mulakan diet dengan beli sumber-sumber protin yang mahal. Jika belum mampu nak berbelanja protin serbuk sampai dua tiga ratus, fokus protin yang mudah jumpa di Tesco pun dah ok. Tak perlu Salmon atau soya. Dapat telur dan ikan kembung saja pun dah ok.
5. Nak lengkap ada dan sempurna.
Bila diet kita mula dari bawah. Tak mesti tunggu siap ada gym di rumah atau nak kena beli treadmill lagi. Buat senaman dan ikut pada bajet semasa kita dulu. Mula sahaja dengan apa yang kita ada.
6. Nak clean semuanya.
Ini juga bahaya kawan. Bahaya bukan sebab pada kesihatan, tapi pada psikologi untuk jangka panjang. Diet ni tak mesti kena clean semuanya. Ada waktu kita serius jaga, ada hari tercomot sikit, cepat-cepat move on. Jangan terlalu beri tekanan pada diri.
7. Malas nak berguru.
Dalam mana-mana bidang sekalipun jika tidak berguru, progres kita susah nak berjaya. Belajar dengan guru akan buat kita jelas mana kesilapan kita, mana kekurangan kita dalam diet. Guru akan baiki, dan kita tetap boleh capai matlamat yang dicari.
Begitulah berkenaan punca kenapa diet kita gagal. Nasihat saya jangan terlalu menekan diri anda. Fahami ilmu terlebih dahulu, tidak buat secara ikut-ikutan sahaja. Insya-Allah dengan asas yang jelas, diet anda akan berjaya.
Ingat. Berguru tak mesti dengan saya. Ada ramai lagi guru-guru diet yang ikhlas. Tidak ada kepentingan pada produk jualan. Tapi fokusnya adalah pada ilmu yang sebenar.
Dalam banyak-banyak ni, apa point yang buat diet anda tak jadi sebelum ni?
Moga bermanfaat.
Arif Sukri
Diet Tanpa Stres > masterclassdiet.com
YOU ARE READING
Ole-Ole Sihat 2021
RandomJom sihat mental dan fizikal!!! Tak nak sudah!!! Ada kesah!!! 🤣🤣🤣