1. Ketika ambil karbo secara berlebihan. Walaupun makan roti perang, nasi perang atau oat setiap hari.
2. Makan buah-buahan tanpa ada sukatan yang jelas.
3. Minum air manis tanpa ada kawalan.
4. Ambil gantian gula putih secara berlebihan. Termasuk gula kabung, gula merah bahkan madu sekalipun.
5. Terlalu banyak makan makanan yang tinggi lemak.
6. Banyaknya aktiviti rehatkan diri tanpa ada pergerakan fizikal.
7. Dan akhir sekali. Lepas makan, minum air, cheatday, balik kenduri terus gatai nak timbang. Ini confrim berat akan terus naik juga.
Kawan-kawan. Ini antara beberapa faktor kenapa berat anda naik. Dalam makna yang lebih khusus apabila ambilan kalori harian melebihi daripada keperluan, berat naik.
Berat ni sebenarnya agak fleksibel. Ia mudah turun, mudah pula naik. Dan ada waktu ia akan kekal dan susah nak turun-turun.
Bertenang dalam apa juga situasi melibatkan berat badan. Ia adalah ukuran angka berdasarkan berat semasa kita. Bergantung pada rutin diet keseluruhan, otot, lemak, tulang, pakaian, isipadu air yang baru diminum termasuk juga makanan.
Banyaklah.
Tahun 2021 ni banyak tenangkan diri dengan penimbang. Fokus pula inchloss, fatloss badan. Insya-Allah diet jadi selesa.
Anda timbang biasa waktu bila?
Arif Sukri
Diet Tanpa Stress
YOU ARE READING
Ole-Ole Sihat 2021
De TodoJom sihat mental dan fizikal!!! Tak nak sudah!!! Ada kesah!!! 🤣🤣🤣