Bab 1

87 2 0
                                    

"Mel! Mel bangun! Kita dah lambat ni" suara Nurul yang begitu nyaring menyebabkan Mel terbangun dari tidurnya.

"Pukul berapa sekarang?" soal Mel tanpa membuka matanya dan masih berbaring di atas katilnya yang empuk itu.

"Sekarang dh pukul 8.12 pagi, nanti kita kena marah kerana terlambat nanti. Cepat, pergi mandi"

"Apa?!! pukul 8.12? Kenapa kau tak gerak aku awal?" Mel lalu bergegas pergi ke bilik mandi dan bersiap.

Mel dan Nurul berjalan kaki menuju ke universiti tempat mereka belajar. Kebetulan, universiti itu tidak jauh daripada apartment tempat tinggal mereka. Mereka hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk sampai.

Selepas habis kelas, Mel terus menuju ke tempat kerjanya iaitu di Kedai MultiMart yang merupakan kedai 24 jam. Ini telah menjadi kebiasaan bagi Mel. Dia akan memulakan kerjanya pada pukul 3.00 petang dan habis pukul 11.30 malam pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Apabila Mel sampai di tempat kerjanya itu,dia disambut oleh senyuman dan sapaan daripada rakan sekerjanya.

"Hai Mel! Awal kau sampai harini" kata Hafizul dengan senyuman di bibirnya.

"Eh, mana ada. Aku memang selalu datang awal, kau tu yang selalu lambat." Gurauan Mel telah membuatkan mereka berdua tertawa terbahak-bahak sehinggakan tidak sedar akan pelanggan yang baru memasuki kedai tersebut.

Mel akan menghabiskan kerja kursus yang diberikan ketika menjaga kedai. Dia bukannya curi tulang tetapi akibat kedai itu  tidak ramai pengunjung. Jika tiada kerja kursus, Mel akan membaca novel cinta. Ya,membaca merupakan hobi Mel terutamanya novel.

_______________________

Seperti kebiasaannya, kedatangan Airil di pejabat menyebabkan seluruh pejabat itu senyap. Hal ini kerana Airil merupakan seorang yang tegas. Dia digeruni dan sekaligus dihormati oleh para pekerjanya.

Kedatangannya di pejabat disambut oleh setiausahanya iaitu Azam.

"Boss, kita ada masalah besar. Encik Syafiq iaitu pelabur besar kita telah menarik diri daripada melabur pada projek mega."

Muka Airil berubah menjadi bengis sekelip mata, "Tolong aturkan temu janji dengan Encik Syafiq secepat mungkin."

Azam terus bergegas ke mejanya untuknya mengaturkan temu janji tersebut.

"Boss, setiausaha Encik Syafiq beritahu bahawa Encik Syafiq ada free esok."

"Okey, tolong aturkan temu janji di Restoran Mutiara Wati untuk appoinment besok."

"Baik boss. Ada apa-apa lagi?"

"Tak ada" Jawab Airil dengan selamba. Ya, perkataan 'terima kasih' sangat susah untuk keluar dari mulutnya itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote dan comment guys😝


















Biarkan Aku PergiWhere stories live. Discover now