Bab 2

69 3 0
                                    

Alarm di telefon Mel berbunyi menandakan jam pukul 7.00 pagi. Sinaran matahari pagi memasuki ruang biliknya melalui celah-celah langsir di jendela.

Mel bangun lalu membuka jendela biliknya dan menghirup udara pagi yang segar sambil mengeluh,"Herm.. Hari ini pasti sangat meletihkan."

Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang meletihkan bagi Mel kerana dia bekerja di sebuah restoran lima bintang iaitu Restoran Mutiara Wati. Mel terpaksa melayan pelbagai kerenah para pelanggan kerana kebanyakan pelanggan di situ orang berada dan sangat cerewet.

"Jika tidak mengenangkan gaji yang agak lumayan, memang tak hinginlah aku nak kerja di sana."

Selepas 30 minit bersiap, Mel menaiki bas untuk ke restoran tersebut kerana restoran itu terletak agak jauh dari tempat tinggalnya.

Seperti biasa, Restoran Mutiara Wati akan sesak akibat para pelanggan terutamanya pada waktu tengah hari.

Pada hari itu, Mel terasa janggal apa sepasang mata asyik memerhatikan gerak lakunya. Lelaki tua yang kaya itu tidak melepaskan pandangannya terhadap Mel.

"Dasar lelaki tua, sudah ada sorang di depan mata masih juga menggatal" bisik hati Mel.

Lelaki tua itu datang bersama-sama seorang perempuan gedik dan seksi yang mungkin 'perempuan simpanannya' kerana perempuan itu kelihatan jauh lebih muda berbandingnya. Sugar baby kutt😶.

Perbuatan lelaki tua itu disedari oleh perempuan gedik dan perempuan itu memberikan jelingan yang sangat tajam kepada Mel. Jika jelingan itu dapat membunuh, pasti Mel sudah berada 6 kaki di bawah tanah sekarang ni.

Apabila Mel menghidangkan air di meja mereka, perempuan gedik itu dengan sengajanya menumpahkan air yang sedang dihidangkan. Perbuatan perempuan itu seolah-olah membuatkan Mel yang bersalah dalam situasi tersebut.

" Hey perempuan! Apa kau buat ni?!! Kau tak erti kerja ke?? Habis dress I" tengking perempuan itu kepada Mel.

Seluruh mata di restauran itu memandang ke arah mereka.

"Maaf cik, saya tak sengaja. Maaf,maaf. Saya akan gantikan baju cik yang telah basah itu" jawab Mel.

Walaupun itu bukan salah Mel, dia tetap bersabar dan meminta maaf kerana dia tak nak kehilangan pekerjaan yang memberikan gaji yang lumayan kepadanya.

"Eh perempuan miskin! For your information, dress I ni limited edition tau. Gaji you setahun pun tidak tentu dapat ganti dress I ni"

" Tapi itu bukan salah saya cik. Cik yang menumpahkan minuman itu sendiri." Mel sudah tidak bersabar lagi apabila perempuan itu menghinanya di depan orang ramai.

Keadaan menjadi semakin hangat apabila perempuan itu menyimbah air di muka Mel.

" Dasar perempuan miskin. Berani-beraninya kau menuduh I yang buat semua ini. I akan pastikan you kena pecat sekarang juga"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Don't forget to vote and comment🙌















Biarkan Aku PergiWhere stories live. Discover now