𝟑𝟖. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

15.6K 835 73
                                    

DI dalam gelap, aku duduk di atas sofa menghadap Arluna yang sedang lena di atas katil. Setiap kali mataku menatap wajah cantik yang disinari cahaya bulan itu, aku mengeluh. Apa lah yang wanita ini fikir sehingga berani menyentuh arak semula. Terpaksa aku tinggalkan kerja di Singapura begitu sahaja selepas mendapat panggilan daripada Naila mengatakan tentang keadaan Arluna tadi.

Wajah diraup. Aku menunduk memandang lantai memikirkan khilaf dahulu. Salah aku ke Arluna bertindak seperti ini? Aku gagal lagi ke? Aku memang tak akan jadi suami terbaik untuk Arluna ke? Mesti ke perpisahan yang perlu aku pilih?

"Kau suami, Ad. Luna tu tanggungjawab kau. Sekarang dia dekat mana? Kau tahu? Kau sendiri tak tahu. Kalau apa-apa jadi dekat dia macam mana? Nak menyesal masa tu pun dah tak guna. Jangan jadi dayus, Ad. Dia isteri kau, kau yang patut bimbing dia bukannya putus asa macam ni."

Kata-kata Zayn tempoh hari kembali bermain di fikiran. Aku menghela nafas panjang. Salah aku ke?

"Adrian..."

Aku mengangkat wajah apabila terdengar suara halus milik Arluna memanggil namaku. Tubuhnya bergerak. Aku hanya diam, memerhatinya dari sudut bilik yang gelap itu. Dia bangun daripada perbaringan dan duduk bersandar pada kepala katil, merenung kosong dinding di hadapan buat beberapa minit. Terlihat seperti dia masih dalam keadaan separuh mabuk dan tidak perasan akan kewujudan aku di situ.

Gadis itu mencari sesuatu. Tangannya meraba di dalam gelap dan apabila jarinya mencapai sesuatu, dia berhenti. Barang itu diambil dan digenggam di dalam tangan. Aku masih menilik pergerakannya. Barang di dalam genggamannya tadi adalah sebuah telefon bimbit. Cahaya daripada skrin, memancar ke wajahnya. Lama dia menatap skrin itu sebelum telefon bimbit itu kembali dimatikan kemudian diletakkan di sisi. Dinding di hadapan kembali direnung.

Lima saat berlalu, tangisannya tiba-tiba pecah. Tidak mendekati dia, aku masih duduk di sofa, memalingkan wajah daripada terus memandang wajah Arluna yang basah dengan air mata. Aku kekal tidak bergerak sehingga tangisan Arluna semakin perlahan dan hanya esakannya sahaja yang masih kedengaran.

Perlahan-lahan telefon bimbit kembali diambil. Skrin ditekan beberapa kali lalu diletakkan pada telinga seperti dia sedang menghubungi seseorang. Beberapa saat kemudian, telefon bimbitku yang disetkan kepada mod senyap, bergetar. Nama Arluna yang terpampang di skrin.

Aku tersentak. Arluna dan skrin telefon bimbit dipandang silih berganti sebelum aku mengambil keputusan untuk menjawab panggilan itu. Panggilan bersambung.

Senyap.

Arluna masih mabuk. Dia tidak berkata apa selain hanya menunduk di atas katil, menguis cadar katil. Mungkin perbuatannya dilakukan tanpa dia sadari. Telefon bimbit aku jauhkan semula. Baru sahaja, panggilan itu mahu dimatikan, dia tiba-tiba bersuara.

"Adrian, ingat tak you pernah tanya I, siapa first love I?" Dia menyoal. Aku tidak menjawab. Mataku tegak menatap Arluna. "You. You first love I." Sambungnya perlahan. Aku memejam mata seketika setiap kali mendengar suara itu berubah sayu. Tapi aku mahu terus mendengar apa yang Arluna ingin katakan. Aku tahu dia ingin bicarakan sesuatu yang dia tak akan pernah mampu untuk suarakan kepadaku.

"I rindu you." Hanya tiga perkataan tetapi mampu untuk membuatkan hatiku rasa sakit, sakit yang tidak terhingga. Keningku berkerut menahan rasa sakit itu. Sumpah, I pun rindukan you, sayang. Rindu sangat.

"I never thought there'd have to be a day that I have to somehow...let you go tapi I tak salahkan you, Adrian. You...buat keputusan yang betul." Dia diam buat seketika. Nada suaranya mendatar. "'I deserve better than her'. You yang cakap ni dan you betul. Perempuan murah macam I, tak akan pernah layak untuk jadi isteri you. Sampai bila-bila."

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now