𝟒𝟏. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

15.5K 803 94
                                    

MATAKU hanya tertacap pada tangan Adrian yang cekap menukar balutan pada tanganku. Kemas dan lembut sahaja lelaki itu membuat kerja. Selepas selesai, dia memberikan satu kucupan pada tangan yang cedera itu bersama dengan ucapan 'semoga lekas baik.', membuatkan aku tergelak dengan perbuatannya itu. Pagi-pagi lagi Adrian sudah buat aku tersenyum.

Aku bangun dan berdiri di hadapan cermin solek, membetulkan pakaian korporat yang tersarung di tubuh. Hari ini adalah hari pertama aku bekerja di Ellington Private College. Teruja tapi bila teringat muka beku pengarah muda kolej itu, rasa teruja aku diganti dengan perasaan takut. Harap hari ini tak terserempak dengan dia.

"Sayang, tak payah pergi kerja, boleh?"

Keningku berkerut mendengar soalan Adrian. Aku menoleh ke arah lelaki itu sekilas. "Boleh." Balasku singkat.

"Ha?! Seriuslah boleh?" Dia bertanya semula. Bahagia betul suaranya itu. Aku tersenyum senget melihat senyuman Adrian yang lebar sudah sampai ke telinga itu.

"Boleh, blah." Sambung aku lagi kemudian menjelirkan lidah menyebabkan Adrain berdecit marah. Hilang terus muka cerianya tadi. Dia mendekati aku yang sedang berdiri di hadapan cermin solek itu lalu merangkul pinggangku dari belakang. Dagu dia rehatkan pada bahu sambil merenung pantulan aku di dalam cermin. Satu kucupan dilepaskan pada pipiku.

"Nanti I rindu you, macam mana?" Tercebik-cebik bibirnya mengadu. Aku memusingkan badan dan menghadap lelaki itu. Kedua-dua pipi tembamnya ditarik sehingga Adrian menjerit kesakitan.

"Mengada lagi! Kalau I duduk rumah, you still kena pergi kerja. Sama je. Tak ada beza pun."

"Ada beza lah! Kalau you dekat rumah, I dekat office, I boleh je call you, FaceTime ke. Tapi kalau you kerja, I kerja, bila kita nak jumpa, sayang?"

Aku menggulingkan mata. Macam lah aku dekat kolej itu 24 jam. "Gediklah you ni. Jom, breakfast." Aku berjalan mencapai beg tangan dan keluar dari bilik menuju ke dapur. Adrian hanya mengikut langkahku dari belakang seperti anak kucing sambil mulutnya tidak berhenti merungut.

"Nanti bila you dah busy kerja, lepastu you lupa I macam mana?"

Rungutan Adrian, tidak dilayan. Aku menyibukkan diri menyapu jem strawberi di atas roti.

"Kalau ada students yang mengorat you, macam mana?"

Aku mengeluh.

"Kalau—humph!"

Bicara Adrian terhenti apabila aku menyumbatkan roti ke dalam mulut murainya itu. Wajahnya berkerut marah tetapi masih juga roti itu dikunyah.

"Dah berapa lama you kenal I, Adrian? I pernah dapat title someone's girlfriend ke selama I hidup?" Aku berhenti seketika memandang Adrian yang terkebil-kebil merenungku.

"You pernah jadi girlfriend I." Balas lelaki itu selamba. Aku tersenyum senget.

"Yakin?"

Adrian terdiam. Dia berhenti mengunyah roti di tangan. "Past is past, sayang. Yang penting sekarang you dah jadi isteri I. Sampai bila-bila pun you tetap jadi isteri I dan I akan cintakan you sampai mati. Tak ada orang yang boleh rampas you daripada I. Full stop." Ujarnya sedikit tegas. Riak manjanya tadi juga sudah berubah menjadi dingin.

Bibirku kembali menguntum senyuman manis. Tersentuh dengan bicara lelaki itu. 'I akan cintakan you sampai mati.' Aku suka bahagian ini. Alangkah baiknya aku dapat merakam suaranya itu dan mengulang dengar setiap malam.

Aku menompang dagu merenung Adrian yang sedang menikmati rotinya semula. Rambut yang beralun lembut, hidung mancung, kulit cerah dan sepasang mata hazel itu. Hari ini sarapan aku hanyalah muka adonis itu. Menatap wajah kacaknya sahaja sudah mampu mengenyangkan aku. Ewah, hiperbola!

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now