Chapter 1

3 0 0
                                    

Sekali lagi.

Semua nama dari contacts telefonku, aku delete tanpa rasa bersalah. Kesemua 176 nombor telefon dicampak ke tong sampah.

Entahlah. Aku penat. Aku hanya mahu dihargai. Mungkin aku terlalu beria? Sebab tu aku sentiasa begini.

Aku tak mahu dilabel hati tisu atau cepat koyak. Cuma aku seorang yang lebih cepat terasa dan mudah sensitif. Hanya jika disakiti oleh orang-orang yang aku benar-benar sayangi.

Contohnya seperti mereka yang dikira rapat denganku. Kawan dan keluarga.

Hanya dua itu saja.

Hanya dua.

Aku nampak saja kosong. Tak terisi apa-apa. Oh minda yang bodoh. Mana ada sebarang rasa. Aku tahu aku terlihat mudah dari pandangan semua orang. Disebabkan tu aku sentiasa,

Bencikan diriku.

Sentiasa ada wajah-wajah mereka. Masing-masing ada yang marah dan ada yang ketawa. Ketawakan diriku dan marahkan aku.

Jika bunuh diri itu dihalalkan, sudah pasti tiada lagi aku disini. Aku hanya berkata benar. Suicide itu haram, mengapa aku mahu melakukannya lagi? Cukup bodoh diseksa di dunia ditambah lagi dengan seksa neraka.

Aku tak tahu. Aku sebenarnya penat. Letih dengan drama semua orang. Ada yang terlalu baik dan ada yang terlalu biadab. Semuanya, seperti kepingan-kepingan puzzle yang bertaburan di lantai yang tiada kepingan terakhir yang terpenting. Yang tiada kesudahan.

Mengapa aku menulis ini?

Aku ketawa sendirian. Tiada siapa yang akan baca. Aku tahu. Aku separuh putus asa, tak mahu mengharapkan apa-apa. Banyak kali aku bersumpah dan berjanji tak mahu menyakiti diri sendiri. Tapi masih diri ini mencalit eyeshadow biru di kelopak mata. Lipstik merah dilukis dari bibir hingga pipi sehingga membentuk senyuman.

Badut.

I'm a clown.

Ya, aku akuinya.

Dan kau pun juga.

Apa yang membuatkan kau sehingga membaca kisahku?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PorcelainWhere stories live. Discover now