Ziana dan Riana merupakan adik-beradik kembar. Ziana adalah kakak dan Riana adalah adik. Kemana sahaja si kakak pergi, si adik akan ada sama sekali. Sehinggalah suatu hari mereka memilih kolej yang sama dan ditempatkan di dalam asrama yang sama. Bukan itu sahaja, mereka juga ditempatkan di dalam bilik yang sama.
Si kakak terpaksa redha dengan apa yang sudah ditakdirkan walaupun dalam hati, dia lebih suka memilih berjauhan dari si adik kerana merasa terkongkong bila si adik selalu berada bersamanya. Ziana sering berdoa agar Riana tidak akan mengganggunya lagi. Tibalah suatu saat, doa Ziana dikabulkan. Riana disahkan menghidap kanser payudara.
Riana tertekan dan merasakan hidupnya tidak berguna. Siapalah yang akan suka pada perempuan yang tidak sempurna kan? Merasa dirinya dipulaukan, si adik akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan asrama mereka tinggal pada waktu itu.
Kematian Riana mengundang kesedihan yang teramat pada kedua orangtua mereka tetapi tidak pada si kakak, Ziana. Si kakak lebih gembira kerana setelah ini dia boleh bebas ke sana ke mari. Kepergian Riana masih baru tetapi Ziana berkeras ingin kembali ke asrama dengan alasan ada assignment yang perlu disiapkan.
"Adik baru meninggal, nak. Takkan kamu nak pergi juga hari ni?" tanya si ibu dengan sisa tangis dan esakkan yang cuba ditahan-tahan.
"Ala, adik meninggal biarlah. Kakak yang masih hidup ni kena teruskan hidup. Takkan nak kakak menangis terduduk dalam rumah macam ibu?" soal Ziana sambil bercekak pinggang.
"Sampai hati kamu cakap macam tu?!" sampuk si ayah dengan wajah yang sudah berubah garang.
"Ala, ayah ni pun satu. Asyik nak sebelahkan adik aje. Sekarang adik sudah mati. Kakak nak balik asrama pun sebab kakak nak belajar! Bukannya nak merayau," kata Ziana kurang sopan.
"Kamu pergi sekarang! Sebelum penampar aku ni singgah dekat muka kamu!" ancam si ayah tanpa mampu mengawal api kemarahan yang baru sahaja marak di dalam hatinya ketika itu.
"Hish! Bencilah!" runggut Ziana dan berlalu pergi bersama beg galasnya tanpa bersalam dengan kedua orangtuanya terlebih dahulu.
***
Ziana masuk ke dalam ke dalam tandas sambil menyanyi riang. Sikapnya memang buatkan rakan sebiliknya pelik kerana Ziana langsung tidak bersedih dengan kepergian adik kembarnya padahal mereka berdua amat rapat.
"Eh, mana berus gigi aku ni?" Ziana pelik bila mendapati berus gigi yang diletakkannya di dalam cawan sudah hilang.
Cari punya cari, dia masih tidak menemukannya.
"Kakak cari apa?"
"Ni, akak cari berus gigi akak yang akak letak tadi ni. Adik ada nampak?" tanya Ziana tanpa sedar.
"Tadi ada dalam cawan ni. Entah mana pula perginya..." sambung Ziana.
"Ini ke?"
Ziana mengambil berus gigi yang dihulurkan kepadanya.
"Inikan berus gigi..."
Ziana terdiam. Bibirnya terkunci. Dia terlupa sesuatu. Wajah yang sudah hancur dihadapannya itu dipandang dengan nafas yang sudah tidak teratur. Tubuh Ziana mulai menggigil. Penampilan Riana agak menyeramkan dan menakutkan. Riana berbungkus dengan kain putih tetapi wajahnya buruk dan berdarah-darah.
"Kenapa tinggalkan adik? Kakak kan dah janji nak jaga adik?" tanya Riana dengan nada suara yang cukup garau. Tidak lama setelah itu, Ziana terdengar bunyi gelak-tawa dari Riana. Seram!
Tidak mahu bertahan di situ lama-lama, Ziana lari keluar dari tandas dan masuk ke dalam biliknya. Rakan sebiliknya terkejut kerana penampilan Ziana agak terdedah dengan hanya bertuala dan rambut yang basah dek peluh.
"Eh, kenapa ni, Ziana?"
Rakan sebilik Ziana mula mendekati. Dia menatap wajah Ziana lama. Pucat dan tidak bermaya.
"Aku nak balik..." kata Ziana dalam nada suara yang terketar-ketar.
"Eh, bukan kau kata kau tak nak balik ke?"
"Aku cakap aku nak balik, aku nak baliklah!" jerit Ziana sekuat hati.
Terjongket dua bahu rakan sebiliknya itu dek terkejut dengan jeritan Ziana. Oleh kerana risau dan takut dengan kemarahan Ziana, dia terus keluar bilik dan mendapatkan bantuan dari seorang uztazah.
Nasib baiklah uztazah asrama itu kebetulan mengaji di dalam surau. Kalau tidak memang rakan Ziana pening untuk mencarinya lagi. Uztazah tadi bergegas naik bersama rakan sebilik Ziana. Apabila pintu bilik terbuka, ustazah nampak dua mata Ziana sudah putih. Ziana menghadap dinding dan tertawa terbahak-bahak.
Tidak mahu membuang masa, ustazah itu mendapatkan Ziana sebelum membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an. Ziana meraung semahu-mahunya. Dia melawan dan menjerit memarahi ustazah. Namun setelah beberapa minit berlalu, hantu yang masuk ke dalam tubuhnya berjaya dikeluarkan.
Ziana dihantar pulang ke rumah dan disuruh berehat. Setiap malam, Ziana merasakan kehadiran Riana tetapi kehadiran Riana adalah untuk melindunginya. Ziana yang biasanya tidur bertemankan Riana, berjalan bersama Riana itu mulai merasa kehilangan dan menyesal. Setiap saat, Ziana berdoa agar Riana akan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Sebulan berlalu, akhirnya Ziana sembuh sepenuhnya dan boleh belajar seperti biasa. Tapi dalam masa yang sama dia seperti orang kurang waras kerana selalu bercakap seorang diri tetapi bila bertemu dengan orang-orang yang boleh melihat makhluk halus, mereka akan nampak Ziana berbicara dengan Riana. Ketawa bersama Riana. Berjalan bersama Riana...
**Tamat**
YOU ARE READING
KOLEKSI KISAH SERAM PENA MERAH
Horror**PERINGATAN** Apa yang ditulis adalah hasil dari buah fikiran saya sendiri. Ianya adalah rekaan dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Diharap pembaca mahupun penulis hormati saya dengan cara tidak meng-copy paste ka...