Bab 1
Keikslasan Hati
Zaman untuk “honeymoon” bagi seorang pelajar sepertiku sudah pun berakhir. Dengan hati yang berat dan kaki yang seolah – olah terpaku di bumi, aku memaksa diriku untuk kembali ke kolej. Tempat di mana aku menuntut ilmu demi mencapai cita – citaku. Tiada siapa yang tahu di dalamnya juga banyak tersimpan memori suka duka ku. Malas rasanya untuk dikenang kembali. Semuanya ingin aku lupakan, harini Puteri Sara Sofea binti Rahmat berdiri di sini dengan azam yang baru. :senyum:..erk..tapi apa-apa pun kene cari bilik dulu..takkan aku nak tidur kat sini pulak ..:senyum:.. kita sambung drama swasta tu nanti.
Setelah puas aku mencari, akhirnya aku temui juga bilik yang bakal menjadi tempat tinggalku selama pengajianku disini. ‘Hurm..siapa agaknya bakal menjadi rakan sebilikku kali ini yer…janganlah orang yang..aduh..malas bangat nak sebut..’. Tiba-tiba,
“Assalamualaikum..”kedengaran satu suara memberi salam di luar. Aku segera menjawab sambil menjengahkan muka ku ke luar untuk melihat siapakah gerangan manusia yang memberi salam.
“Waalaikumussalam..siapa tu?”balas ku.
“Erm..saya bakal penghuni bilik ni. Boleh saya masuk?”.Rupanya dia ialah bakal rakan sebilikku.
“Eh..yeke?Masuklah kalau macam tu. Akak ni pelajar senior ke?”.Pada perkiraanku dia seperti senior yang dah lama jer. Tapi tak tahulah pulak kalau aku yang terperasan muda, hehe...
“Ahahaha.. Akak senior ... Adik ni junior la kiranya kan..? ”.Balasnya sambil melangkah masuk.
“ Yes. Nama saya Puteri Sara Sofea binti Rahmat. Akak boleh panggil saya Fea. Nama akak?”. Aku memperkenalkan diri ku sendiri. Aku memang seorang yang terlebih peramah walaupun dengan orang yang baru ku kenali.
“ Rafiqah Solehah. Panggil aje Kak Aiqa.”. Balasnya sambil tersenyum kepadaku. Kami berjabat tangan sebagai tanda salam perkenalan.
Kami meneruskan kerja mengemas yang kadang-kadang diselitkan dengan perbualan. Mengemas sambil bertaaruf. Sambil menyelam minum air orang kata..tak gitu?. Satu bilik hanya dihuni oleh dua orang pelajar. Bilangannya nampak sikit tapi hati yang hendak di jaga terlalu banyak. Setelah seharian berkemas, kami pergi membersihkan diri dan melakukan apa-apa yang patut.
“Kak Aiqa….”.aku memanggilnya.
“Hmm…” Balasnya kepenatan. Barangkali sudah mahu tido dah ni.
“Jom pergi makan.”
“Ha?Makan?Patut la akak rasa perut ni meragam aje.Tak makan lagi la ..:sedihnya:.. lupe pulak.. nasib baik adik akak yang comel ni ajak akak makan..” Balasnya dengan semangatnya.Katanya dia ni pantang betul kalau sebut pasal makan.. seperti prinsipnya.. ‘When I Am Hungry, My Stomach is My priority' .. :senyum:..
Selepas bersiap ala-carte..eh..ala kadar..(tula dalam kepala asyik ingat makan jer..)..aku dan kak Aiqa bergerak menuju ke café yang terletak tidak jauh dari bilik kitorang. Selesai memesan makanan, kami bergerak ke meja yang kosong untuk di duduki. Semasa Kak Aiqa hendak berpaling ke tempat yang hendak dituju, secara tidak sengaja dia terlanggar seorang lelaki yang kebetulan hendak menuju kearah yang sama. Ketidak sengajaannya itu telah menyebabkan pinggan yang berisi nasi dan lauk pauk di tangan lelaki tersebut jatuh menyembah lantai yang amat bersih. Pinggan kat tangan dia ok jer sebab dia pegang dengan kemas . Mungkin nak elak kes-kes macam ni berlaku la.
“Maaf saudara..saya tak sengaja. Maaf..maaf..maaf..” pinta Kak Aiqa. Dah macam nak nyanyi lagu Maafkan Kami seperti dalam cerita Pendekar Bujang Lapok tu..
“Apa maaf-maaf.!! Awak ingat senang-senang awak tumpahkan nasi saya…saya nak makan apa..saya lapar ni tahu tak..”marah lelaki tu. Suaranya tak usah nak katalah.. Bergema ke seluruh alam.. Sehingga menggamit pelanggan-pelanggan lain untuk melihat kearah kami.. Malunya tak dapat di'frame'kan dalam bingkai gambar.
“Relaxlah abang.. kakak saya ni tak sengaja la.. lagipun abang jalan tak tengok kanan tengok kiri.. saya berdiri belakang abang tadi tengok abang melulu jer.Tak boleh la nak salahkan kakak saya sepenuhnya..” aku mencelah.
“Banyakla ko punye relax….”Tanpa sempat menghabiskan katanya.
“Macam ni la saudara. Saudara ambil semula nasi dan lauk seperti yang telah saya tumpahkan tadi. Nanti saya bayarkan. Anggaplah sebagai ganti rugi atas kecuaian saya.” Kak Aiqa memotong percakapannya sekaligus memberi kata putus. Malas agaknya nak memanjang-manjangkan lagi soal ni. Kalau tak sampai esok tak makan..
“Ha.. Macam tu la...”Balas lelaki tu pendek.
Tapi aku tetap tak puas hati.. “Kak..apa ni…”..Kak Aiqa menepuk-nepuk bahuku seraya berkata.. “Dahla..jom makan..perut akak dah lapar sangat ni..”.Dan kejadian itu berakhir begitu sahaja.
Selesai makan malam.. Kami kembali ke bilik. Aku dengan tak puas hati nye bertanya.. “Kak, nape bagi muka sangat kat laki tadi tu? Dah terang-terang bukan akak yang salah. Dahlah suruh akak ganti. Ambil lauk tak sama macam yang mula-mula dia ambil. Dia cuba amik kesempatan ke atas akak jelah tadi.." Rungut Sofea tanda masih lagy tidak puas hatinya..
“Fea, akak malas nak gaduh. Buang masa jer. Menjatuhkan maruah je gaduh depan khalayak ramai. About the food, dia ambil yang lain pun biarlah, Allah yang menilai kejujuran dia. Akak tak nak ungkit-ungkit, nanti perbuatan kita jadi sia-sia dik..”
“Tapi…….”
“Akak pernah terbaca dalam sebuah majalah..Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah adalah yang menerima. Namun pemberian haruslah disertai dengan hati ikhlas yang sekaligus menunjukkan bahawa kita tidak berhati tamak. Sebaliknya jika sesuatu pemberian, yang ada walau sekelumit rasa bangga, mengungkit atau tidak ikhlas, pasti akan terbatal segala pahala amalan kebaikannya. Tu yang akak tak nak dik..” Kak Aiqa cuba menjelaskan sebaik mungkin sebab dia berbuat demikian.
“Owh ..:sedihnya:.. tak terfikir lak Fea tadi..Sorry ya kak..”balasku sambil tersengih-sengih malu.
Kak Aiqa tersenyum sahaja. Setelah penat berbual, kami terus tidur. Hari esok..nantikan kemunculanku!! tutup lampu!! Tidur..:sedihnya:..
Apa macam, Best Tak? Kalau best Vote lah, Jikalau Novel/Cerpen ini ada kesamaan dengan yang lain, Harap maaf.. ..:senyum:..
YOU ARE READING
Gugurnya Rafiqah Yang Solehah
RomanceAssalamualaikum :D Gugurnya Rafiqah Yang Solehah ada kisah mengenai seorang pelajar universiti, yang mempunyai 'rakan sebilik' yang penyayang. Dan juga seorang lelaki yang bernama Aidil Zafri yang menjadi pasangan hidupnya.. Selami kisah bagaimana...