Bab 2

114 1 0
                                    

Bab  2

PERTEMBUNGAN KALI KEDUA

Fuh.. Panasnya harini. Terbakar rasanya kulitku yang putih melepak bagai disapu tepung gomak ni..(ceh..perasan je lebih..). Penatnya berjalan.. ‘Tula ko Fea, tadi elok-elok Siti nak hantarkan ko balik..  Ko tak nak.. Nak menikmati pemandangan la konon.. Tengah hari buta ni pemadangan ape nya..’. Bagai ada suara berbisik kepada ku..cepat-cepat aku beristighfar..tidak mahu terus tenggelam dengan perasaan menyesal. Aku memilih untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ku..(dengar macam jauh je tapi sebenarnya aku baru jalan 5minit je td…:senyum:..).

Sedang aku enak-enak terbuai dek hembusan angin sayup..

“Pokk!!”..Satu objek yang entah dari mana di baling jatuh ke atas aku. Aku menoleh mencari gerangan punya angkara. Betul – betul mengganggu la.. Sebaik sahaja aku menoleh 45 darjah, lensa mata ku menangkap imej yang sedang tersengih-sengih seperti kerang busuk tak malu sedang menuju kearahku.

“Cik..Sorryy..”pinta lelaki tersebut.

“Sorry?”aku bertanya kehairanan. Lalu jarinya menunding kearah objek yang terkena kepala aku. Tin minuman rupanya.

“Saya nak buang kat tong sampah tadi..”katanya lagi. Sopan sekali..anak siapakah ini…tapi entah mengapa ayatnya bagai ada yang tak kena…seingat aku sekeliling aku ni mana ada tong sampah..adakah….

“Apa maksud awak dengan tong sampah?Saya tak rasa kat sini ada tong sampah…”aku bertanya lantang..hangin dah aku ni..

“Hahahahha…memangla tak de tong sampah tapi baju yang awak pakai macam warna baju tong sampah…hahahahaha..”balasnya sambil ketawa berdekah-dekah.

“What??? Giler punya mamat..!!!”aku memijak tin kegeraman sambil melangkah berlalu dari situ. Tak sanggup rasanya berada lebih lama disitu. Dah nak meletup rasa nya hati ku menahan amarah terhadap lelaki tadi. Setelah aku amati wajahnya,rupanya dia adalah lelaki yang sama yang memang muka tak malu. Geram betol..nak je aku ganyang-ganyang muka dia yang memang tak hensem tuh..:sedihnya:..

“Adoiii…ni sape yang nak cari pasal lagi neh??”Aku menjerit apabila terkena lastik seseorang. Huh..rupanya dia..aku memandangnya persis hendak menelan dia hidup-hidup.

“Apa awak nak apa ha??”Tanya ku mengawal getar amarah yang semakin memuncak.

“Bola raga biji guli, lain kali jumpa lagi..”arghh..sudah..berpantun pulak..

“Anak buaya anak biawak, tak ingin saya jumpa awak”balasku tak mahu mengalah.

“Buah mengkudu biji hempedu, janganla begitu nanti awak rindu..”

“Air teh manis bergula, rindu awak?..tolongla…”

“Budak kecil malu disapa, ya cik adik nak tolong apa??”hahhahaa..terdengar suara-suara sumbang yang mentertawakan aku..aku mengetap bibirku. Rasanya kami ni macam dah jadi tontonan umum jer.Tapi sume penonton tak bertauliah ni ialah kawan-kawan kepada mamat sewel neh. Tak boleh jadi ni…

“laki bersiul si awek menoleh, Sedara tolong diam boleh..”

“Pokok semalu pokok ketapang, tak bolehla sayang..”

“Awak..awak…”baru sahaja aku hendak membalas lagi.

“Fea, apa ni?? Ada sesi berbalas pantun ker??..” Erk..seperti pernah ku dengar suara ini tapi dimana ya..takut-takut aku menoleh.. Alamak..

“Kak Aiqa…:senyum:..”

“Aduhla..dah-dah la tu..jom balik..”Kak Aiqa mengajakku pulang. Tak boleh aku nak kata apa..aku amat menghormati kakakku yang seorang ini. Kami berdua pun mengatur langkah ingin pulang..namun..

“Si nyonya manis berkebaya, Cik adek ngaku kalah dah la ya..”suara sumbang tu kedengaran lagi. Belum sempat aku berkata apa-apa..

“oi teruna suara tak sedap, sudah-sudahla tu p balik n shut up!!...kuar umah pakai talkum, chow dulu Assalamualaikum.."Yeahhhh..itu dia ‘smash molek’ dari kak Aiqa ..ahakz.. Dengan senyuman yang di tambah susu lemak manis..kami pulang meninggalkan lelaki tersebut dengan kumpulannya yang terdiam dek penangan Kak Aiqa ku sayang..

Di bilik…(pada waktu malam..)

“Fea..lain kali hati-hati ya..jangan mudah naik angin sangat. Jangan di layan mamat tak betul tu..”pesan Kak Aiqa ikhlas.

“Fea dah sabar dah tu kak..tapi dah terlepas jugak..geram betul..nak je bg flying kick kat dia tuh..benci betulll…”balasku membela diri.

“Flying kick ke flying kiss?? …” kak Aiqa mengusikku..

“Apa ni kakk…hee..tak nakla..mamat tu sewel…”

“Fea..berserhana dalam sesuatu..termasuk juga perasaan..jangan terlampau membenci seseorang kerana barangkali dia la orang yang kamu akan sayang suatu hari nanti.. Sape tau kn..”

“Ade ke Kak Aiqa nie…”

“Kita tak nak..tapi perancangan Allah sape yang tau…” Lantas kak Aiqa memotong percakapannya.

“Hisy..akak neh.. Fea nak tidolah..” lalu aku membungkus diri ku dengan selimut sambil tersenyum mengenangkan kata-kata kak Aiqa tadi..

“Eley nak tido konon.. Mulut tu senyum-senyum pulak..” tak habis lagi kak Aiqa ni.. Tapi aku terus membatukan diri. Mungkin kak Aiqa menyangka aku benar-benar sudah tido. Dia pergi menutup suis lampu dan tido jugak.

Gugurnya Rafiqah Yang SolehahWhere stories live. Discover now