' BLUE AND GREY '
j i m i n10 – Throw Away
__________
Sejak hari itu, layan yang Derrian bagi aku bertambah teruk.
Tadi baru saja aku bagi dia kek beras dengan perisa yang dia suka untuk pujuk dia, dalam masa yang sama aku fikir aku akan dapat ambil hati dia.
"Apa benda ni?"
"Kek beras, saya buat sendiri tau semalam. Kek beras ni ada perisa yang awak suka. Kan kek beras tu makanan kegemaran awak, Derrian?"
Tanpa bunyi, Derrian mengambil huluran aku membuatkan aku tersenyum kecil.
Sebelum ni tak pernah pernah pula dia pegang bekas makanan yang aku beri pada dia, jadinya aku rasa gembira hanya untuk seketika.
"Oh, kek beras." ujar Derrian perlahan dan kemudiannya mencampak bekas makanan yang berisi kek beras yang dah penat penat aku buatkan untuk dia semalaman ke dalam tong sampah.
"Tu. Aku bagi tong sampah yang makan sebab aku rasa nak muntah tengok kau try-hard masak makanan untuk aku, sedangkan kau tahu aku takkan makan makanan yang kau buat."
Kemudiannya Derrian melangkah pergi, bersama seorang gadis yang berjalan pergi bersama lelaki itu.
Nampaknya.. sama sahaja layanan Derrian terhadap aku.
TBC
YOU ARE READING
PJM ✔ [B1] BLUE AND GREY.
FanficAlexander Derrian Park. Crush tersayang yang kejam, egois, beku, pilih kasih, negatif, dan teruk. Dan inilah usaha Farra Jyeonella untuk meraih hati lelaki yang rupawan itu. ❝ And now... berambus pergi jauh jauh dari hidup aku. ❞ • Short Story. Sad...