bab 1

5K 44 18
                                    

Setelah selesai makan tengahari, Fadlan meminta izin untuk berangkat pulang.

"Ehem, makcik saya minta diri dulu eh, saya pun banyak kerja ni." Fadlan tersenyum tipis.

"Jaga diri ya Lan, jangan buat benda pelik-pelik."
Mak leha saja mengusik Fadlan yang sedang berjalan keluar.

"ha? Benda pelik apa, makcik pula yang pelik sekarang ni." Tergelak besar Fadlan melihat telatah mak Leha.

Baru sahaja Fadlan keluar dari rumah, Alana laju mengejar lelaki itu dan terus berjalan bersama-sama.

"Cantik dah kau sekarang, tak macam dulu dah, sejuk mata aku pandang." Fadlan mengukir senyuman lebar.

"Ish, mana ada kau ni Lan segan la aku." Merah pipi Alana dibuatnya.

"Hahahaha, yelah nanti kirim salam kat mak kau tau."

Secara tiba-tiba Izzat muncul. Lalu, dia memberhentikan Proton Saganya di depan rumah.

"Ni siapa ni? ex boyfriend kau ke?" Izzat mula buat perangai panas barannya. Ya Izzat memang seorang yang cepat marah walaupun perkara yang berlaku itu perkara kecil sahaja.

"Dia ni tunang aku tau! Kau siapa nak kacau dia" Izzat tiba-tiba marah secara melampau.

Namun, Fadlan hanya melihat Izzat yang sedang menengkingnya dengan pandangan sinis.

"Bro, biar muka tak handsome tapi jangan pekak!" kata Izzat dengan nada keras.

Fadlan mendekatkan mukanya bertentangan mata dengan Izzat. Mahu sahaja dia memukul Izzat disitu tetapi dia memikirkan nasib Alana jika dia berbuat demikian.

"Usya-usya, kena lempang sia-sia je kau ni." Izzat menghembuskan asap rokoknya tepat ke muka Fadlan.

Fadlan terus masuk ke dalam kereta. tanpa berfikir panjang terus beredar.

"Kau pun satu, yang menggatal sangat dengan mamat tu kenapa? Lagi sekali aku tengok kau dengan mamat tu kau siap eh. Dah jom abang hantar pergi kerja." Izzat menarik kasar tangan Alana menuju ke kereta.

Alana redha sahaja dengan sikap tunangnya itu yang panas baran, dia tahu kelakuan Izzat tidak boleh diubah oleh sesiapa.

"Siapa mamat tadi? kenapa tiba-tiba datang rumah awak?" Tanya Izzat serius sambil menyetir kenderaannya yang laju meluncur di jalanraya.

"Fa...Fadlan, dia datang rumah sebab nak tengokkan mak. Dia baru balik Malaysia." Terketar-ketar suara Alana, takut dimarahi sekali lagi.

"Alah, setakat tengok mak abang boleh jagakan tak payah memandai panggil mamat tu datang rumah, semak je. Lagipun dia nak pikat awak kan?" Izzat menuduh Alana tanpa sebarang bukti.

"Apa abang ni cakap macam tu, Fadlan tu niat baik la nak tengokkan mak, tak baik abang cakap dia macam tu."

"Ouh, habis abang ni tak cukup baik la kat mata awak? Nasib kau ni tunang aku kalau tak memang aku lempang je." Izzat memarahi Alana hanya disebabkan Fadlan datang ke rumah sebentar tadi.

                                     ________

Alana pantas berjalan untuk mencari barang-barang niaganya, kerana stok di kedainya sudah habis. Sedang dia mengatur langkah, Alana terlanggar figura seorang lelaki.

"Saya minta maaf cik, terlanggar pula."

"Eh, Lan kau buat apa kat sini? Tak sangka pula boleh jumpa kat sini erm, aku minta maaf eh pasal Izzat tadi dia memang cepat marah. Tak tahu la kenapa." Alana meminta maaf atas kejadian sebentar tadi.

"Tak apa la, aku faham, ni kau nak cari apa ni, nak aku teman?"

"Aku nak cari barang untuk isi stok niaga, kalau nak teman jom lah ikut sekali" Alana kembali riang setelah bertemu dengan Fadlan.

Fadlan menemani Alana sambil mengukir senyum di bibir. "bertuah aku dapat jumpa kau balik Alana." Bisik hatinya.

Lalu, Fadlan kelihatan riang gembira kerana Alana seperti mahu merapatkan lagi hubungannya dengan Fadlan . Tetapi dia tahu dia sudah menjadi tunang orang, dia mesti menjaga batasnya dengan Fadlan.

Setelah hampir satu jam mencari barang, Izzat menelefon Alana.

"Hello, awak ada kat mana?"

"Saya tengah cari bang niaga la bang, kenapa?"

"awak balik sekarang, saya tunggu dekat depan kedai."

Talian diputuskan oleh Izzat begitu sahaja tanpa banyak bicara.

"Kenapa ni? Kau nak aku hantar balik ke?"

"Eh, tak payah sebenarnya tunang aku dah tunggu. Thanks eh temankan aku harini" Alana tersenyum seketika lalu terus berlari meninggalkan Fadlan.

Izzat sudah menunggu Alana agak lama, setelah gadis itu muncul dihadapannya, dia terus menarik tangan Alana menuju ke kereta.

"Kau sini! Kau pergi mana hah tadi!" Izzat terus menolak Alana hingga terhentak ke badan kereta.

"Aduh, sakitlah bang, saya keluar cari barang la, abang kenapa?"

"Kau cari barang ke kau berfoya-foya dengan Fadlan? Jangan ingat aku tak nampak!"

"Mana ada bang, Lan teman saya je tadi tak buat apa-apa pun" terketar ketar suara Alana, takut akan tunangnya sendiri.

"Kau tahu tak, aku kerja setengah mati siang malam sebab nak kahwin dengan kau la bodoh! Kenapa kau pergi menggedik dengan jantan lain hah!" Izzat terus mencekik Alana secara tiba-tiba.

"Abang, sakitlah! Lepas lah." Alana meronta-ronta minta dilepaskan.

"Saya dah tak tahan dengan abang, kalau kita terus macam ni baik kita putus! Saya dah tak larat nak kena marah dengan abang!" Alana menjerit, geram kerana diperlakukan seperti itu oleh Izzat.

Tanpa sedar, Fadlan hanya memerhati pergaduhan mereka berdua dari jauh. Panas hatinya apabila melihat sikap Izzat yang sesuka hati memukul perempuan.

Okay korang😂 Irul akan sambung di bab 2.
So korang geram tak dengan Izzat suka-suka je pukul tunang sendiri ish ish.

Nasib Fadlan tak pukul Izzat😂kalau tak habis.🤣

jangan lupa comment, follow and vote okay
comment je apa korang rasa tentang bab 1 ni sebab lately ni Irul jadi comment seeker hihi.😚Stay tune for the next chapter!









MINYAK DAGU (COMPLETED)Where stories live. Discover now