THE END (EPILOG)

1.9K 21 12
                                    

PESANAN RINGKAS

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah tidak ampunkan dosa syirik sementara Dia memaafkan dosa-dosa yang lain. Maka sesiapa yang mempersekutukan (syirik) kepada-Nya sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar." (Surah al-Nisa', ayat 48)

Mereka yang melakukan perbuatan khurafat wajib bertaubat kepada Allah SWT untuk menyelamatkan akidah daripada kekufuran.


Selain itu, ada yang percaya kepada burung tertentu yang membawa kesan dalam kehidupan dan penularan penyakit.

Sabda Rasulullah SAW: "Tiada penularan penyakit, tiada thiyarah, tiada nasib malang pada burung hantu dan tiada musibah pada bulan Safar." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Menjadi kebiasaan orang jahiliah mempercayai amalan tathayyur iaitu burung yang menentukan nasib baik buruk apabila mereka mahu keluar sama ada untuk berniaga atau bermusafir.

Jika burung itu terbang ke kanan bermaksud musafir mereka selamat. Jika ia terbang ke kiri, maka musafir mereka perlu ditangguh kerana ada malang sedang menanti.

Rasulullah SAW menyebut: "Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana mempercayai burung sesungguhnya dia melakukan perkara syirik." (Hadis Riwayat Ahmad)

Sebahagian masyarakat Islam hari ini masih mempercayai nasib seperti itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) tiada sesuatu pun akan menimpa kami melainkan dengan ketentuan Allah. Dialah penolong kami, maka hendaklah orang yang beriman itu bertawakal kepada Allah." (Surah al-Taubah, ayat 51)

Perbuatan menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah perbuatan syirik.

Rasulullah SAW memberi amaran: "Menyandarkan keburukan kepada sesuatu ialah syirik dan tidak termasuk ke dalam golongan kami melainkan mereka yang beriman sahaja. Sesungguhnya Allah menghilangkan syirik itu dengan tawakal." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)






Jadi, saya memang nak biarkan ending tu tergantung macam tu je hahaha. Habis, macam mana dengan Izzat, Fadlan dan Alana? Apa akan jadi seterusnya? Hmm.

Minyak Dagu 2?

MINYAK DAGU (COMPLETED)Where stories live. Discover now