s a t u

164 17 6
                                    

Nurin duduk diam di tempat duduknya. Menanti kehadiran Teacher Munifah masuk ke dalam kelas. Buku sekolah, King Arthur dibaca dengan khusyuk sekali. Tidak menghiraukan orang sekeliling, walaupun pada masa itu suasana di dalam kelas 1 Carat sangat bingit.

Ada yang sedang berborak, mungkin lebih kepada memuji abang-abang senior tingkatan lima? Ada juga yang sedang terbaring di lantai. Agaknya, praktis menjadi jenazah. Menconteng papan putih dengan nama crush mereka. Tapi tidak ketinggalan yang ingin mengganggunya.

"Nurin, kau ni tidak lah cantik mana kan? Jom couple dengan aku?"

Budak hingusan mana yang masih tidak sedar seluar dalamnya dibeli oleh mak bapak sendiri, nak mengajaknya couple?

"Tak nak," Nurin terus sahaja meneruskan bacaannya.

"Tak sedar diri betul, dah lah gemok, tak cantik. Tolak tuah betul," bebel budak hingusan itu.

Nurin senyap. Terasa.

"Kau tu tak laku sangat kut? Muka macam Oli London, suka hati ejek orang."

Tak. Itu bukan Nurin yang bersuara.

Tetapi itu, Fateh Amsyar. Ketua kelas 1 Carat.

Nurin tidak pernah bercakap dengan dia. Tetapi memang, Fateh terkenal dengan sifat prihatinnya.

More too protective over girls.

Itulah Fateh.

Lelaki hingusan tadi terus blah. Mungkin patah hati disamakan dengan Oli?

Nurin menutup buku yang dibaca. Kepala ditolehkan memandang Fateh.

"Thank you," Nurin senyum.

"No biggie, kalau dia kacau kau lagi... Tak kisahlah time form two ke form five ke, roger aku," ucap Fateh.

...

Lamunan Fateh tentang situasi beberapa tahun yang lalu, terhenti apabila Hans memetik jari di depan muka.

"Bro, termenung apa?" Soal Hans.

"Hah? Apa?"

"Aku tanya kau soalan, kau boleh pula berkhayal," rungut Hans.

"Apa soalan kau?"

"Kau ni kan... Hydrophilic or hydrophobic yang attract dengan air?"

"Oh, kau ingat je macam ni, hydrophilic attracted to water. Kau nampak tak kalau dekat hydrophobic tu ada word phobic? Means dia fobia, takut air." Terang Fateh.

"Oh, bijak kau. Terima kasih sayang," Hans sengih kerang busuk sambil memaut lengan Fateh.

"Geli lah bongok!" Fateh menepis lengan Hans. Tidak fasal nanti orang ingat mereka ni gay. Nauzubillah.

"Weh, weh weh weh... Tengok tu. Awek, awek," Hans menunjuk ke satu arah.

Fateh menoleh.

Itu... Nurin.

Nurin sekarang, tidak lah terlebih glow up. Tetapi, boleh lah buat budak-budak lelaki Olympus minta couple dengan dia.

Fateh tak faham, mereka tahu Nurin tidak layan lelaki. Tapi, ada sahaja yang buat tidak faham.

Contohnya, kawan-kawan dia sendiri.

"Aku tak cukup handsome ke Fateh, sampai Nurin tak pandang?" Hans mengeluh kecewa.

"Bukan tak handsome, perangai kau kalah setan. Macam mana dia nak pandang?" Fateh gelak.

Nurin yang sedang beratur di hadapan KOOP memandang sekeliling sambil menunggu giliran. Lalu, dia terpandang pada Hans dan Fateh yang sedang melihatnya.

Bulat mata Nurin. Terus dikalihkan pandangan ke hadapan.

"Dia pandang aku, dia pandang aku!" Gembira sungguh Hans.

"Sudah lah tu Hans, nanti kau kecewa," Fateh gelak mengenakan sahabatnya.

"Aku suka main-main je pun," rajuk Hans lalu melangkah pergi meninggalkan Fateh sendirian.

'Haih.... Hans, Hans.... Macam-macam perangai.' Bisik hati Fateh.

Dia memandang semula ke arah Nurin.

"Cantik."

"Apa yang cantik?" Sergah Mikael.

Fateh terkejut dengan sergahan Mikael.

"Astaghfirullah kau kan Mika..."

"Hehe... Apa yang cantik tu Fateh?" Mikael sengih.

"Tak ada apa-apa... Jom makan," ajak Fateh segera.

"Baik kau pujuk Hans, dia merajuk teruk tu," Mikael memberitahu Fateh seraya mereka berjalan ke kafeteria.


"Hans!" Laung Fateh, serta menggamit tanganya memanggil Hans.

Mikael terus menggelengkan kepalanya apabila melihat respon Hans.

"You know what Hans? Hampir every single student nampak kau ni macam tak straight," ujar Mikael apabila dia dan Fateh sampai di meja makan yang khusus disediakan untuk mereka berlima.

So cliche? Ya, itu lah mereka. Devilish, yang mana terdiri daripada lima orang sahabat baik yang mana di permulaan kisah mereka bergaduh demi gred yang cemerlang.

"Hans, sorry lah weh..." Ucap Fateh yang mengambil tempat di hadapan Hans.

"Aku belanja magnum, nak?" Sambung Fateh lagi.

"Dia tak nak magnum, dia nak Nurin tu," usik Kashaf sambil bibir mengukir sengih.

Mereka bertiga tergelak melihat muka Hans kini memerah. Malu atau marah?

Kenapa bertiga? Mana Afham?

Afham di situ hanya mampu senyum nipis tak mahu reaksinya kelihatan jelas menahan perasaan hati.

No one knows.

"Mana ada, aku sedar diri lah," balas Hans setelah perasaan malunya hilang.

Yang lain masih sibuk mengetawakan Hans tetapi tidak Afham.

'Cliche sungguh, memang hidup ni terkadang seperti cerita remaja dalam novel ke?' Afham tertanya sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Devilish BadassWhere stories live. Discover now