Kaki melangkah masuk ke dalam pagar sekolah dengan penuh ketidakyakinan. Keyakinan dia yang dahulu punah apabila menjejaki ke alam sekolah menengah.
Tahun ini tahun ketiga Nurin Ayreena di sekolah menengah elit yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur.
Sungguh, dia tidak mahu sekolah. Tidak mahu duduk di asrama. Apatah lagi, tahun ini dia memikul jawatan ajk MPP. Dahulunya hanya budak yang pendiam sahaja sudah di benci di kecam, apatah lagi bila berjawatan. Mahu mental breakdown setiap hari.
"Nurin, you got this!" Nurin meniupkan semangat buat dirinya sendiri. Lalu, langkah digagahkan juga ke blok aspuri yang terletak jauh sedikit dari kawasan sekolah.
...
"MAJLIS seterusnya menjemput adik Nurin Ayreena, Timbalan Presiden Majlis Perbadanan Pelajar Sekolah Menengah Elit Olympus untuk menerima watikah."
Satu dewan itu bergema dengan tepukan serta sorakan pelajar-pelajar dan tenaga pengajar.
Nurin mengeluh. Apa yang dia paling tidak ingin itulah yang terjadi. Takut, gentar, apabila diri sudah dikenali.
"Makin lawa," komen Kashaf sambil melihat Nurin naik ke atas pentas.
"Ye weh. She looks like an ordinary girl but she's quite interesting to be honest," celah Hans.
"Dia tak pandang setan macam kita," cangkas Afham.
"Well, setan ni lah yang akan kacau hidup dia kan?" Soal Mikael sambil tersenyum sinis.
"Akan? Bukan memang dah kacau dia ke?" Fateh angkat kening.
Mereka, Devilish ketawa serentak.
"Welcome to the hell, Nurin Ayreena."
YOU ARE READING
Devilish Badass
Fiksi Remajaa cringe story with clingy characters. . . Cliche, cringe. Hanya di wattpad. [ start: 27/11/20 ] [ end: - - / - - / - - ]