BAB 1

59 15 8
                                    


“MASUKLAH..” ujar Tengku Farhan perlahan dengan tangannya menolak perlahan lengan kiri Aliya Syazwani.

Aliya Syazwani sedikit terkejut. Itulah kali pertama dia mendengarkan suara suaminya.

Hanya sepatah.

Aliya menggangguk akur. Sesungguhnya memang dia tak tahu ke mana harus dituju ketika itu. Dia pantas mengekori Tengku Farhan dari arah belakang.

Menghala ke bilik pengantin mungkin,

Ya, tepat sungguh tekaannya bilamana Tengku Farhan memutar tombol salah satu pintu yang ada. Aliya sedikit terpana melihatkan keindahan hiasan bilik tersebut. 

Wah! Cantik betul susunannya. Inilah bilik pengantin kami agaknya, bisik hati Aliya.

Tiba-tiba rasa penat mula menguasai tubuh. Disusuli pula dengan rasa mengantuk yang teramat sangat. Hatinya tercuit bila mana terpandangkan ratusan kelopak bunga mawar yang bertaburan di atas katil bersaiz king itu.

“Ehem! Apa lagi kau buat depan pintu tu? Tak tahu nak masuk ke,”

Tengku Farhan menyapa kasar tatkala Aliya masih lagi tercegat di depan pintu bilik tersebut.

“Tutup pintu tu,” arah Tengku Farhan menegas.

“Baik,” jawab Aliya ringkas.

Tengku Farhan menanggalkan tanjak dikepalanya lalu diletakkan di atas katil. Dia mencapai tuala seraya berlalu ke bilik mandi.

Fuh! Lega.

Aliya kembali mengamati segenap sudut bilik tersebut. Pusing keliling dia memandang.

Pasti ini juga dari hasil sentuhan kreatif Cik Faradina, pengurus perkahwinan yang paling gojes tu kot.

Sesuka hati Aliya je memberikan gelaran itu. Apa salahnya, memang betul pun. Hebat.. memang cukup hebat wanita muda itu. Manalah tak hebat, kalau bayaranya pun hebat-hebat belaka. Tak gitu?

Fikiran Aliya mula menerobosi dinding bilik. Dia terbayangkan keindahan hidup bersama suami tersayang. 

Sayang ke? Sayanglah juga. Dah jadi suami isteri. Bak kata orang tua-tua, cinta yang tiada itu boleh disemai selepas berkahwin. Betul kan? Hisk! Macam tak berapa nak percaya aje. Ermmm.. aku sendiri pun tak pasti. Tapi aku harus mencuba.

Itulah azamnya selepas Tengku Farhan selesai menyarungkan cincin perkahwinan mereka ke jari manisnya pagi tadi. 

Tengku Farhan. Apa komennya tentang lelaki itu? Pada mata kasarnya, Tengku Farhan tu nampaknya seperti seorang yang agak pendiam dan tegas peribadinya.

Tak banyak mulut kata orang tua-tua. Nak bertegur sapa dengan aku pun boleh dikira dengan jari, detik hati Aliya.

Itulah yang dia nampak sejak beberapa jam tadi dan juga sebelumnya. Masa fitting baju tempohari pun macam tuh juga. Terkunci aje mulutnya..

Matanya lebih banyak memerhati dari mulutnya menyapa. Sepatah kata pun dia tak dengar. Entah-entah dengan aku jer dia bersikap pendiam seperti itu, hati Aliya berkata-kata lagi.

Whateverlah...

Aliya tak minta lebih pun, janji Tengku Farhan boleh menerima kehadirannya di sisi. Itupun sudah memadai. Itu yang lebih penting.

Manalah tahu dalam diam-diam ubi itu berisi. Entah-entah dalam diam itu nanti terbit pula sekelumit rasa sayang daripada hati lelaki itu buat dirinya nanti. Siapa tahu. Ermm… angan-angan ajelah aku ni. Belum test power lagi dah berlagak. Heheheh.. Macam-macamlah aku ni. Monolog Aliya dalam diri. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pedihnya Cinta [SU]Where stories live. Discover now