"tak le jadi tak le jadi, aku kene juga siasat apa ayahanda rancang." Puteri Akina berjalan ke hulu ke hilir di dalam biliknya. kedengaran suara ayahandanya berjalan di hadapan biliknya dan dia terus berdiri tegak dan mendengar suara itu perlahan hilang.
dia berhati-hati mengintai keluar bilik dan susuk Raja Kenzo masih boleh kelihatan, tanpa membuang masa dia ekori ayahandanya dari jarak yang selamat. misi bermula pada jam 11 pagi! nasib sudah bersarapan kalau tidak uhuhu.
Puteri Akina terus mengikuti aktiviti Raja Kenzo. "syukur ayahanda tiada urusan di luar." baru sahaja hatinya berbisik Raja Kenzo terus keluar dari bangunan Utama istana ke belah belakang. Kalini Puteri Akina lebih berhati-hati dengan langkahnya risau-risau ayahandanya terdengar bunyi tapak kakinya. kalua didalam istana bunyi tapak kakinya terhalang dengan tapak kaki pekerja lain namun di luar yang sunyi, dia perlu lebih berwaspada.
dalam keadaan terhendap-hendap, akhirnya Raja Kenzo tiba di tempat yang di tuju. sebuah bangunan lama di belakang istana yang jaraknya kira-kira 1KM. Kaki Puteri Akina sudah memerah kerana tidak memakai kasut tapi dia tidak hiraukan, matanya melekat pada ayahandanya. Raja Kenzo buka pintu itu dan masuk.
Puteri Akina cuba mendekati bangunan tersebut namun nasib tidak menyebelahinya apabila dia tersepak batu dan terkena dinding bangunan itu. Raja Kenzo pantas memaling kepala namun tiada siapa di belakangnya, dia melihat sekelilingnya dan tidak menjumpai sebarang entity hidup. bangunan tidak bertingkap itu di masuki dan pintu di tutup.
Hilangnya susuk Raja Kenzo nafas lega di lepaskan oleh Puteri Akina. "Puteri, Puteri buat apa kat sini?!" suara lelaki yang menyelamatkan Puteri Akina berbisik di telinga namun masih kedengaran tegas. "Satoshi, kita..." Puteri Akina senyap tidak mahu menjawab. Satoshi sedar akan perangai Puteri Akina yang terintai-intai tindak-tanduk Raja Kenzo.
"Puteri apa? sudahlah keluar dari istana tanpa patik atau Dayang Aiko. malah tidak berkasut? Tengok sekarang kaki Puteri sudah luka-luka. kalau Ibu Himari tanya, patik mahu jawab apa?" sudahlah hampir tertangkap, sekarang di bebel pula. "maafkan saya." kata Puteri Akina sayu. "tidak perlu meminta maaf pada patik. minta maaf pada diri Puteri." kata Satoshi. mereka berdiri untuk kembali ke istana namun kaki Puteri Akina yang sudah memerah dan bercalar balar akibat berjalan kaki ayam menyusahkan dia berjalan, bahkan berdiri.
Satoshi yang melihat kesengsaraan Tuan Puteri itu terus mendukung tubuh anak gadis seumurannya itu sambil mengungkap maaf akan keterlaluannya. Puteri Akina memegang leher Satoshi sebagai penyokong dirinya. wajah Satoshi yang kini dihadapannya menjadi santapan mata menyebabkan pipinya terang kemerahan.lama berjalan Puteri Akina memecah kesunyian "Satoshi, apa riaksi awak saat awak diberitahu untuk mengawal seorang gadis sebaya?" soalan spontan itu di ajukan membuatkan Satoshi tersentak.
"sudah menjadi tanggungjawab keluarga patik untuk berkhidmat pada keluarga diRaja." bukan jawapan itu yang dia mahu tapi dia endahkan. lebih 15 minit kemudian, mereka tiba di istana. Satoshi terus membawa Puteri Akina ke kamarnya walaupun dipandang oleh beberapa pekerja lain.
"Ya tuhan, kemana saja kamu pergi Puteri! tahu tak kakak risau? ni dah kenapa berdukung ni? Oh Tuhan apa jadi dengan kaki Puteri? Satoshi kenapa ni?" Kak Aiko yang nampak batang hidung Puteri Akina terus berlari mendapatkan Tuan Puteri. Kerisauan jelas tertulis di matanya.
Satoshi tidak menjawab dia terus membuka pintu dan letakkan Puteri Akina perlahan-lahan di atas katilnya. "tadi Puteri ajak saya main badminton di belakang istana. Puteri terjatuh ketika bermain, tu yang luka kaki tu." tipu Satoshi seakan-akan sudah lama dia merangka penipuan itu. Kak Aiko memandang pelik pada Satoshi lalu dia memandang Puteri Akina untuk kepastian.
Puteri Akina hanya mengangguk mempersetujui apa yang di katakana oleh Satoshi tadi. Dia tahu itu salah tapi dia tidak sanggup mendengar Kak Aiko membebel selepas di bebel Satoshi. "ish lain kali bagilah tahu akak kalau iya mahu bersukan. risau akak! dah lah Puteri pakai gaun, mana tidak terjatuh. sudah Satoshi kamu duduk di luar, Puteri mari bersiram." Arah Kak Aiko. Kak Aiko dan Ibu Himari sudah di anggap seperti satu-satunya keluarga ia miliki. maka amarah Kak Aiko atau Ibu Himari hanya beralasankan saying dan bukan berniat jahat.
Satoshi yang sentiasa bersamanya dari kecik pula bagaikan kawan rapat, tapi apabila menginjak umur baligh Satoshi mula mengambil jarak dan tidak serapat seperti dahulu. walaupun sudah jarang mereka terlihat seperti sahabat, seorang Hirokawa Akina tahu bahawa seorang Fujiwara Satoshi itu sentiasa dekat dengannya. dekat sebagai sahabat dan bukan hanya sekadar pengawal.
"Ouch ouch kakak sakit!" Puteri Akina merintih kesakitan ketika Kak Aiko meletakkan ubat di lukanya. Kak Aiko hanya menggeleng sambal meneruskan kerjanya. "sudah. pakai stokin nanti baginda murka." pesan Kak Aiko sebelum keluar dari bilik itu. Puteri Akina melepaskan nafas sebelum memakai stokin,
dia duduk di meja tulisnya dan mula menulis surat buat sahabat penanya, Akihiro.
"apa-apa pun, kita nantikan surat balasan dari awak. hehe
Hirokawa Akina."
noktah sebagai penamat surat. dia masukkan ke dalam sampul dan dimeterai dengan lilin.
"Puteri waktu makan malam." pintu di ketuk sebelum Satoshi membuka pintu. "oh baiklah. Satoshi tolong hantarkan surat ni ke pejabat pos sebelum mereka tutup ye. terima kasih." pinta sang Puteri hanya dituruti.
"Akihiro, kita tunggu balasan surat awak." bisik hatinya.
lauranaura-
04/12/2020
9:30pm
edited #1 - 05/12/2020
YOU ARE READING
廣川 あきな - Hirokawa Akina
Teen FictionSemua bermula tatkala sang puteri mengirim surat pada penerima misteri. semua bermul pabila dia sedari wujudnya bangunan aneh di dalam hutan rimba dan kerana semua ini bermula, dia kembali berjumpa dengan dia yang hilang dan dia yang kini kembali pu...