terjengket-jengket sang puteri mahu keluar dari istana. nafas di tahan tidak mahu menarik perhatian orang lain. apabila sudah berjaya keluar dengan selamat dia terus berlari menjauhkan diri dari bangunan istana lalu menyorok di balik pokok-pokok untuk memastikan tiada siapa mengekorinya.
"yes tiada sesiapa ikut!" seru dia dalam teruja. baru sahaja dia mahu berdiri untuk memulakan perjalanan baru dia sedar bahawa Satoshi ada di sebelahnya. "oh mak kau hijau!" latahnya lalu menekup mulut kerana ketelanjuran mulutnya.
"Puteri mahu ke mana?" soal Satoshi dengan muka tak bersalah dan agak sinis. "umm umm" mata Puteri Akina melilau lilau mencari alasan, peluh sejuk terbentuk di dahinya. "umm kita...nak cari kayu, ha ye kita nak cari kayu!" tipunya. Satoshi merapatkan mukanya dengan Puteri Akina, manakala Puteri Akina menjauh dan peluh sejuknya bertambah. "tidak usah menipu, baik Puteri bagi tahu kemana Tuan Puteri mahu pergi." kata Satoshi lalu mengembalikan jarak antara mereka.
"yelaa, janji tak bagi tahu sesiapa?" Puteri Akina menghulur jari kelingkingnya untuk disambung dengan milik Satoshi. Satoshi teragak-agak untuk menyambut huluran itu namun Puteri Akina terus mengambil jari kelingking Satoshi. secara tak berapa rela Satoshi telah 'mempersetujui' perjanjian tersebut.
"tempoh hari kita ada terdengar perbualan ayahanda dengan seorang hamba, ayahanda berkata
'hari keputeraannya sudah dekat, apa tuan hamba sudah mencari mangsa baharu?'
sebab itulah kita ikut tindak-tanduk ayahanda. kita mahu tahu apa yang ayahanda rancangkan." beritahu Puteri Akina kepada Satoshi.
"dah jom cepat sebelum ayahanda pulang." arah Puteri Akina sambal menarik tangan Satoshi. Satoshi hanya membiarkan Puteri Akina melakukan begitu seperti saat mereka masih kecil suatu ketika kala. Satoshi memerhatikan Puteri Akina yang berusaha untuk berjalan laju sambil menarik tangannya itu. bukannya dia tidak mahu menarik tangannya kembali, cuma dia rindu dengan kawan masa kecilnya itu. "Dah sampai!" suara girang itu sungguh mengembalikan nostalgia dia bersama sang puteri.
"Satoshi cepatlah jangan temenung, tolong kita buka pintu ini!" Puteri akina memanggil Satoshi yang ralik memikirkan masa lampau. "ah ampun." kata satoshi ringkas dan terus membantu Puteri Akina membuka pintu gah yang berat itu.
"1, 2, 3, hiyargghhh!" akhirnya pintu itu terbuka namun bahagian dalamnya agak gelap dengan ketiadaan tingkap atau lampu kalimatang. "apa yang busuk ni?" soal Puteri Akina, manakala Satoshi tanpa membuang masa terus menyalakan cempeni yang ada di dalam maka terpaparlah segala kekejaman yang di sembunyikan.
Percikan darah di sekeliling ruang Udara, terdapat kesan darah yang sudah ditinggalkan lama dan ade kesan darah yang seakan baru beberapa hari lepas berada di situ. "Puteri dengar cakap patik. jangan pandang atas!" tiba-tiba sahaja Satoshi bersuara keras membuatkan Puteri Akina tersentak. "kenapa?" dengan polos dia memandang ke atas namun Satoshi sempat menutup pandangan Puteri Akina menggunakan cara memeluknya.
"ampun Puteri tapi tolong jangan." kata Satoshi dalam nada merayu. Puteri Akina yang tidak tahu mengapa itu hanya mengangguk, barulah Satoshi meleraikan pelukannya. Puteri Akina terus melihat bahagian bawah manakala Satoshi melihat bahagian atas.
di bahagian bawah Puteri Akina terperasan dengan beberapa jenis senjata tajam seperti kapak dan parang. manakala Satoshi kini melihat dereta kepala manusia yang di susun di atas. matanya terkeluar dan ada sesetengah yang berulat. menjijikan! jika di kira, ada dalam 30 kepala orang di atas sana.
kemudian Satoshi Nampak ada satu longgokkan di bucu bangunan itu. dia mendekati longgokan itu dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat timbunan badan-badan yang tidak berkepala disitu. "Satoshi, awak tengok apa?" Puteri Akina mendekati Satoshi dan bertanya sebelum dia melihat ke arah Satoshi melihat. Puteri Akina ternganga dan terduduk. baru saja dia mahu menjerit Satoshi terus menekup mulut Puteri Akina lalu suruhnya diam. dia fokuskan pendengarannya keluar bangunan.
kedengaran derapan tapak kaki namun masih kedengaran jauh.
Satoshi yang sedar akan hal itu terus meletakkan telinganya kebawah dan mendengar bunyi tapak kaki itu. "1, 2, 3, tidak ada 5 orang sedang menuju ke sini. kira-kira lagi 450meter sebelum tiba. Puteri ayuh keluar!" mendengarkan kehadiran nyawa ke situ. Puteri Akina dan Satoshi terus keluar dari bangunan itu, lampu cempeni di padam dan di letakkan kembali namun pintu tidak mampu di tutup rapat seperti awalnya.
Susuk tubuh 5 orang itu boleh di lihat dari jarak mereka, kini mereka hanya mempu berdoa agar 5 orang manusia itu tidak sedar kedatangan tidak di undang mereka. Satoshi menarik tangan Puteri Akina untuk menyorok di belakang bangunan itu. dalam beberapa minit 5 manusia tadi tiba di lokasi mereka.
"Cepat masuk!" suara keras dari salah seorang mereka mengejutkan Puteri Akina dan Satoshi. selepas dari suara keras itu diikuti bunyi pintu di tutup dengan kuat. "Apa mereka mahu buat?" soal Puteri Akina kepada Satoshi. baru sahaja Puteri Akina bertanya terus terdengar bunyi jeritan histeria dari orang di dalam, membuatkan Puteri Akina dan Satoshi terkejut. bunyi teriakkan itu terus berkumandang menyebabkan Puteri Akina menangis ketakutan dan memeluk Satoshi seerat boleh.
"ARGHH!!!" Puteri Akina menangis teresak-esak seiring dengan suara teriakkan itu. Satoshi juga masih dalam keadan terkejut dan masih memproses apa yang berlaku. "Satoshi kita takut." adu Puteri Akina dan barulah Satoshi kembali ke realiti. dia terus bangun dan menarik tangan Puteri Akina untuk berlari. suara jerikan perih itu masih boleh terdengar dan lama-lama menghilang. Puteri Akina masih menangis ketakutan, badannya menggigil dan mukanya tidak lagi bernyawa. Satoshi sedar akan itu maka dia terus mendukung Puteri Akina seperti dunianya akan berakhir tidak lama lagi.
Satoshi berlari sepenuh kudrat yang ada demi mencapai bangunan Istana yang terasa amat jauh manakala Puteri Akina memeluk leher Satoshi erat. "lekas lekas lekas tolonglah tiba segera." Hati Satoshi meronta-ronta, lariannya semakin perlahan tapi dia cuba sedaya upaya berlari untuk tiba ke istana. "ayuh sebentar saja lagi teruskan Satoshi kau boleh." bicara hatinya bagi menaikkan semangat.
beberapa larian lagi dan mereka tiba. Satoshi menurunkan Puteri Akina dari dukungan dia. Satoshi mencari-cari nafas memenuhkan peparunya yang kian kosong sama seperti Puteri Akina yang cuba menenangkan diri. Satoshi seka air mata di pipi Puteri lalu membetulkan pakaian Puteri Akina. Puteri Akina menarik nafas dalam dan lepaskan. dia lakukan itu beberapa kali sebelum memastikan dia tidak menangis lagi.
walaupun tangannya masih terketar dia cuba tahan. Satoshi memegang tangan Puteri Akina untuk menenangkan Puteri Akina dan dirinya yang masih kaget dengan apa terjadi. "Ayuh masuk." ajak Satoshi dituruti Puteri Akina. Wajah Puteri Akina bertuka ceria seakan dia tidak menangis beberapa saat lalu. tangannya di Tarik lepas dari genggaman Satoshi dan terus berlari dalam istana seperti dia selalu buat.
Satoshi hanya tersenyum segaris melihat telatah kawan zaman anak-anaknya.
Puteri Akina berlari dan terus ke kamarnya. tangannya kembali terketar-ketar sungguh dia tidak mampu untuk melawan rasa takut dan terkejutnya itu. bukannya dia tidak tahu suara keras yang mengarah manusia masuk itu adalah ayahandanya. dia cukup arif tentang perkara itu. dalam keadaan terketar-ketar dia menulis surat beralamatkan Akihiro. meterainya tidak kemas seperti surat-surat lain yang pernah di hantar.
dia mengintai keluar kamar, Satoshi ada di hadapan pintunya. "Ah Puteri, Patik mahu pastikan Puteri baik-baik saja." kata Satoshi. "kita baik, Satoshi tolong hantarkan surat ini ke pejabat pos ya. terima kasih, nanti panggil kita waktu makan malam. kita mahu beradu." Pesan Puteri Akina pada Satoshi. surat bertukar tangan lalu pintu di tutup rapat. Puteri Akina bersiram sebelum tidur.
tangannya masih tidak berhenti terketar namun dia paksa dirinya tidur dengan harapan bila waktu dia bangun nanti dia akan lupakan apa yang berlaku.
lauranaura-
06/12/2020
8:09am
edited #1 - 07/12/2020
YOU ARE READING
廣川 あきな - Hirokawa Akina
Teen FictionSemua bermula tatkala sang puteri mengirim surat pada penerima misteri. semua bermul pabila dia sedari wujudnya bangunan aneh di dalam hutan rimba dan kerana semua ini bermula, dia kembali berjumpa dengan dia yang hilang dan dia yang kini kembali pu...