Lambaian dedaun di luar jendela sedikit menenangkan. Dari tingkap kecil berbentuk empat segi itu,terlihat kayu semakin usang sebagai ukiran. Berwarna coklat lembut. Cermin tingkap sedikit kelam,berkabus. Apabila dikesat dengan tangan,Masih lagi kembali pada yang asal. Kelam semula...
Telefon berbunyi. 'Ayah'. Itulah nama yang terpapar di skrin. Malas betul dia nak menjawab. Namun,deringan itu berterusan. Akhirnya,Ali mengalah.
"Ya,ayah?.."
"Betul Ali tak mau balik rumah ayah? Dah seminggu Ali langsung tak jenguk ayah. Ayah rindu..."
"Beri Ali masa,yah..."pintanya perlahan. Lantas talian dimatikan.
Ali menghela nafas. Masuk hari ini,sudah tiga hari dia tidak dapat melelapkan mata dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Duduk di meja bulat di tepi jendela,menghirup air kopi pekat yang dijadikan peneman setia. Perlahan-lahan,cecair itu mengalir di tekak. Wajahnya berkerut-kerut,tapi ianya nikmat dunia sarapan paginya.
Matanya sedikit segar walaupun air itu tidak diminum sepenuh hati. Sekejap lagi,dia akan menukar kain langsir yang nampak sudah pudar di rumahnya. Di sebelahnya,kain langsir berwarna merah muda siap untuk dipasang. Diletakkan sementara di atas sofa. Di sampingnya,ada juga langsir berwarna kelabu. Sebenarnya,dia masih dalam proses memilih yang mana satu antara dua warna itu.
Cawan diletakkan perlahan. Dibetulkan pemegang agar seiring dengan tubuh. Entah apa tujuan,sekadar bosan dan melayan perasaan-mungkin. Sekali lagi Ali mengeluh.
Rindu...
Ya...
Itulah yang menyebabkan dia begitu dalam perilaku. Masuk hari ini,sudah lima hari pemergian suami tercinta. Keluarganya sudah mengajak agar dia tinggal bersama mereka,tapi bagi Ali,biarlah dia di samping kenangan bersama suaminya. Lagipun,dia betah duduk di rumah seorang diri.
Sesekali Ali tersenyum,ketawa kecil apabila imbauan memori itu singgah.
Ya! Rudy cukup kelakar.Orangnya simple,tidak banyak bercakap. Apabila berbicara,lembut tingkahnya. Tidak pandai marah,tidak pandai bergurau,tapi dalam seriusnya itu,Ali cukup terhibur.
TBC~~
Cerita baru lagi😑😂
Amacam?? Cite ni hanya fluff so ehe,maaf kalau korang x puas.Papepon, for next chapter,5 VOTE lah ye? huhuhu tolong ah. Dan tolong ea VOTE COMMENT and FOLLOW ಥ‿ಥ,jgn add je dlm reading list korang sebab aq boleh tau sape yg add dan x vote!!! Chau Lu 😂✌️
YOU ARE READING
Rindu
RomanceDILARANG MENCIPLAK!!! WATAK YANG DIGUNAKAN ADALAH HAK MILIK WAU ANIMATION!!! (Author sekadar meminjamnya sahaja) AU VOOC Start:10/12/2020 End:???