Prolog

729 63 17
                                    

Setelah mengucapkan terima kasih, pelayan itu berlalu pergi. Kami membaca doa makan sebelum menikmati hidangan yang disediakan. Banyak betul makanan yang Farhan pesan. Semuanya makanan barat.

Spaghetti carbonara dan pizza sebagai hidangan utama. Kami juga disajikan dengan cream puff, cheese tart, cocktail dan juga ais krim sebagai pencuci mulut. Jus oren sebagai pelengkap hidangan.

"Come, sayang." Farhan menyuapkan spaghetti ke dalam mulutku. Setiap kunyahan aku nikmati dengan penuh suka.

"Sini Ad buat dekat pula." Aku pula yang menyuap Farhan dan ketawa kegembiraan seperti pasangan yang hangat bercinta.

"Abang juga tak sanggup untuk kehilangan isteri yang abang sayang dan juga permata hati kita, Mikhael dan Mardhiyah. Masa kita berdua terpisah dulu, abang banyak berdoa kepada Allah agar ditunjukkan jalan keluar. Abang nak jumpa isteri serta ahli keluarga abang." Sedang kami leka menikmati makanan yang enak rasanya, Farhan menyambung kembali perbualan kami yang tergendala sebentar tadi.

"Abang jangan tinggalkan Ad lagi, ya?"

"Insya-Allah."

Aku mengambil ais krim vanilla oreo yang terletak elok di dalam sebiji mangkuk lut sinar. Aku menyua sudu kepada Farhan, ingin menyuapnya.

"Aaa, buka mulut." Farhan hanya mengikut arahanku. Apabila sudu hampir masuk ke dalam mulutnya, aku mensasarkan sudu itu ke tepi bibirnya sehingga comot dan akhirnya ais krim itu selamat masuk ke dalam mulutku.

Bibir merekah dengan senyuman.

"Sayang, nakal." Farhan buat muka tak puas hati. Dia mengambil tisu lalu mengelap sisa ais krim di tepi bibirnya.

Farhan yang sedang makan cream puff mencalit sedikit krimnya dan kemudian hidung aku menjadi sasaran.

Kali ini, aku pula yang terjerit kecil, "Abang!"

Farhan sudah ketawa terbahak-bahak. Suka benar apabila dia dapat mengenakan aku kembali. Dia mengambil tisu lalu mengelap sisa krim yang elok terpalit di hidung.

Kami sama-sama tertawa suka.

Tiba-tiba, lagu dimainkan. Muzik itu menghuni segenap penjuru ruang restoran itu. Lampu dimalapkan, menjadikan suasana bertambah romantis.

Lagu Sesungguhnya nyanyian Alif Satar dinyanyikan oleh Farhan dengan penuh romantis. Setiap bait-bait lagu itu berjaya menjentik tangkai hatiku sehingga berjaya membuatkan empangan mata menjadi semakin panas.

"Sesungguhnya..." Farhan menyudahkan nyanyiannya dan berdiri betul-betul di hadapanku.

Kemudian dia melutut. Dia menyeluk kocek seluarnya lalu mengeluarkan sebentuk cincin.

"Will you be my wife till forever?" lamar Farhan dalam nada romantik. Mata Farhan merenung mata aku dalam.

"Yes, I will," jawabku dalam nada terharu. Air mata kegembiraan mengalir di lekuk pipi.

Farhan lantas menyarung cincin ke jari manis aku. Terletak elok dan muat-muat sahaja. Cantik! Pandai Farhan pilih. Farhan mengucup tanganku.

"Terima kasih untuk segala-galanya, sayang. Untuk 12 tahun terindah yang telah kita lalui bersama. Untuk segala pengorbanan yang telah sayang lakukan untuk abang. Tak terungkap oleh kata-kata segala apa yang telah sayang lakukan. Ini saja yang mampu abang lakukan untuk sayang. Abang sentiasa berusaha untuk jadi suami yang terbaik buat sayang. Terima kasih kerana terima abang seadanya," ucap Farhan ikhlas. Tangannya naik ke mukaku lalu mengusap pergi air mata yang mengalir.

"Terima kasih untuk segala-galanya juga, abang. Ad berharap sangat agar jodoh kita kekal hingga ke syurga. Ad tak sanggup kehilangan abang. Terima kasih juga kerana menerima Ad seadanya."

"I wish I could explain how your smile makes my heart flutters, how the sound of your voice gives me butterflies, how your eyes makes my heart skip a beat, how your words gives me a huge comfort and how every time I'm with you, I feel so complete," kata Farhan dengan begitu tulus sekali. Farhan menggamitku agar turut berdiri bersamanya lantas tubuhkan didakap erat oleh Farhan.

Aku menangis semahu-mahunya di dada Farhan. Sungguh, aku terharu. Tak mampu kuungkap dengan kata-kata perasaanku tika ini.

"Once again, thank you for everything, my wife."

Aku tenggelam dalam emosi. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang lelaki yang begitu menghargaiku. Tak pernah sekali pun Farhan mensia-siakan aku. Malah, dia begitu bersungguh-sungguh untuk memilikiku dan sentiasa berusaha yang terbaik untuk mempertahankan ikatan perkahwinan kami.

Farhan mengangkat daguku agar mata kami bertentangan. Dari panahan mata Farhan, dapat aku lihat perasaan cinta yang menggunung tingginya.

"I love you, Nur Addin," kata Farhan dalam nada romantik.

"I love you too, Muhammad Farhan Aryan," ujarku.



Hi, guys. I'm back! Rindu saya tak? Rindu Ad & Far tak?

Sila beli dan baca novel Cinta Ad & Far yang dicetak di bawah Penerbitan AHA terlebih dahulu, baru baca cerita ini. Terima kasih atas sokongan!

Untuk tempahan dan update tentang novel CAF, boleh ke IG atau FB saya @afiadz

CINTA AD & FAR RAYA (TERBIT: EBOOK)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang