2 | BAHAGIA

192 20 0
                                    


"NAK..." ditepuk meja kecil berkali-kali oleh Mardhiyah kerana mahukan makanan.

"Sabar Yaya. Daddy tengah suap abang ni," pujuk Farhan.

"Ekkk..." Mardhiyah mula merengek. Farhan sudah naik pening. Anak perempuannya ini pantang kalau abang dia dapat kasih sayang lebih, mulalah bibirnya mencebik.

"Didi... Ekkk..." Mikhael pula merengek apabila Farhan menyuap Mardhiyah pula. Dia tengah seronok makan.

Farhan mula tepuk dahi.

Addin yang sedari tadi memerhatikan gelagat suami dan anak kembarnya secara diam menahan senyum. Aduhai anak. Beginilah ragam anak-anak dia. Kadang-kadang memeningkan kepala dia dan Farhan. Tapi kebanyakan masa merekalah yang menjadi penghibur dan penyejuk hati. Dia bersyukur kerana Allah mengurniakan Farhan untuk menjadi suaminya. Hampir 3 tahun perkahwinan mereka, tak pernah sekali pun Farhan culas dalam menunaikan tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa.

"Mikhael... Mardhiyah..." Farhan menegaskan suaranya.

Kedua-duanya mencebik bibir kerana risau bakal dimarahi Farhan. Air mata mula memenuhi tubir mata.

"Ekkk..." Mardhiyah mula merengek kemudian diikuti dengan Mikhael pula. Farhan ketap bibir. Alamak, salah cara pula.

"Nah, minum susu ni." Farhan menyuakan botol susu kepada anak kembarnya.

"Nanak..." Susu yang berada di mulut Mardhiyah disembur. Habis basah muka dan baju Farhan dengan susu.

"Yaya..." Farhan mengetap bibir lalu dicapai tisu untuk mengelap saki baki bubur yang melekat di muka dan bajunya. Mardhiyah ketawa apabila melihat muka Farhan yang sudah berkerut seribu.

Addin yang tidak dapat menahan tawanya akhirnya keluar dari tempat persembunyian. Dipegang perutnya kerana terlalu geli hati. Dia kesiankan Farhan. Tetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat mengawal tawanya.

CINTA AD & FAR RAYA (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now