4

46 15 45
                                    

LIMA TAHUN KEMUDIAN

Sebuah motorsikal melalui sebuah lorong kawasan taman perumahan. Cahaya terik matahari tidak diendahkan. Ditadah sahaja cahaya panas yang menyapa kulitnya. Walaupun motorsikalnya berpayung, waktu tengah hari tidak memberinya peluang untuk berasa dingin. Si penunggang hanya mampu berharap dengan angin yang menerpa selama mana motorsikalnya bergerak.

Tidak si penunggang tahu, di balik tembok batu yang memagari setiap rumah di kawasan itu terdapat beberapa orang manusia yang menanti dalam kesamaran.

Manusia tersebut merencanakan sesuatu agar misi mereka terlaksana. Sudah lama mereka menentukan sasaran dan akhirnya mereka bakal memperolehi apa yang mereka mahu.

Di seberang lorong, manusia yang turut berjaga dan bertindak sebagai pemberi arahan, mengangkat tangan. Dia mahu konco-konconya bersedia.

"Satu..."

Motorsikal itu semakin menghampiri.

"Dua..."

Si penunggang menoleh kiri dan kanan kerana hatinya ditegur dengan rasa yang kurang enak.

"Tiga!"

Gerangan manusia mula keluar dari tempat persembunyian. Mereka berlari dan menahan motorsikal sehinggakan si penunggang hampir hilang imbangan.

"Hopochott!" Wooyoung menekan brek kaki dan tangan serentak. Hampir tubuhnya terdorong ke depan. Silap hari bulan dia boleh masuk acara lompat jauh sejauh-jauhnya.

Melihat manusia yang sudah mengelilingi kenderaannya, Wooyoung mengeluh dalam kemarahan. "Haku kan... Diohrang niyh"

"Pak Cik WooWoo. Nak aiskrim kon. Satu kon nak tiga skop. Perisa campur, ya? Saya tak kisah mana-mana perisa pun," pesan seorang kanak-kanak dengan senyuman manis bersama gigi yang jongang.

"Yahng kohrang niyhh tahan haku macahm nahk samuuun tu kehnapa?" Wooyoung mematikan enjin lalu turun dari motor. Dalam kemarahan dan rasa terkejut yang masih berbaki, dia tetap melayan pelanggan kecilnya itu.

Kanak-kanak tadi tersengih. Ini semua idea kawannya yang bergigi rongak. Sudah rongak pun masih mahu makan makanan yang manis.

Wooyoung membuka penutup tong aiskrim. Sarung tangan dipakai sebelum dia mengambil kon dan mencapai skop aiskrim. Setiap perisa mempunyai satu alat skop. Mudah bagi Wooyoung sekiranya mahu mencedok perisa yang lain.

"Sahtu je? Yaangg laihn?" tanya Wooyoung.

"Dua skop, vanilla hazelnut."

"Dua skop juga. Blueberry. Tapi tak nak kon. Nak yang roti punya."

Kira-kira ada lagi lima pesanan yang perlu disediakan. Musim panas yang sudah menjelang tiba, menjadikan jualan aiskrimnya laku.

Kumpulan kanak-kanak itu mendekatkan diri pada badan motor sehingga bayang payung dapat menaungi mereka.

Lembaran payung tersebut tidaklah begitu besar, namun cukup untuk melindungi tubuh kecil mereka daripada terkena sinaran matahari.

Wooyoung menerima bayaran lalu melihat anak-anak kecil itu berlari dengan riangnya. Ada yang saling bertukar aiskrim untuk memberi peluang kepada yang lain merasai perisa yang berbeza.

Tingkah mereka disambut gelengan kepala Wooyoung. Sanggup mereka menahannya seperti penyamun?

"Sahjalah tu. Nahk buat gihmihkkk!" Wooyoung mejuihkan mulut sebelum menghidupkan motorsikal roda tiganya. Tali topi keledar diperkemaskan sebelum dia beredar dari situ. Rakaman lagu produk aiskrim mula dimainkan untuk menarik pelanggan.

𝐂𝐎𝐋𝐃 𝐒𝐔𝐌𝐌𝐄𝐑: 𝐔𝐧𝐜𝐨𝐧𝐝𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐋𝐨𝐯𝐞 [𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐔𝐊𝐀𝐍]Where stories live. Discover now