Bab 33: The truth

5.9K 207 11
                                    

Puan Sri Amnah meletakkan cawan milo panas itu di atas meja.

" Kalau ada apa-apa Nia nak, panggil Mama eh" Dahnia hanya senyum tipis.
"Okay Mama, erm sorry ganggu mama malam-malam macam ni." Puan Sri Amnah mengucup kepala Dahnia.

Dahnia hanya mengacau milo panas itu. Dia kini berada di serambi biliknya. Dia mengusap perutnya yang sedikit timbul itu. Dahnia takda selera pulak nak teguk milo panas itu, padahal  baru sahaja tekak dia teringin minum milo panas buatan mamanya. Dia senyum memandang baby bumpnya itu,

“Rindu daddy eh?” Dahnia bercakap dengan baby bump itu hehe.

Dia buka telefon, terpapar terus wajahnya bersama suaminya sebagai wallpaper phone ketika hari nikah diorang. Dahnia mula sebek. Dia membuka gallery.

Jarinya laju membuka file gambar Tengku Firash. Dia macam nak menangis sebab dia baru rindu suaminya ini. Sebelum ni dia tak rindu pun, malah tak mahu tengok muka Tengku Firash.Walaupun whatsapp dari suaminya itu sendiri Dahnia tidak balas. Ish ish ish.

  Tanpa Dahnia sedari, air matanya menitis dan jatuh mengenai skrin telefonnya. Dahnia terus menangis. Dia terus telefon Tengku Firash. Lama dia menunggu. Memanglah Dahnia, dah pukul 3 pagi dah pun. Kemudian talian bersambung.

“Hello” suara serak basah itu menyapa telinga Dahnia. Aaaa aku rindu CEO ni. Dahnia makin kuat esakannya.

“Abang….” Tengku Firash yang mamai itu terus segar matanya mendengar suara Dahnia menangis.

“Hey hun, kenapa ni?” soal Tengku Firash cemas. Dahnia makin menangis.

“Rindu abang” Dahnia menyuarakan itu. Dahnia sumpah rindu, nak peluk doraemon dia tu, doraemon dia bukannya dapat peluk dia balik. Tengku Firash je boleh sekali pakej wangii lagi.

Tengku Firash ketawa.

“Sayang bukan marah abang ke?” sengaja Tengku Firash menyoal begitu. Elelele dia merajuk, dia jugak yang cari kita balik. Dahnia mula muncung.

“Tak dah. Bukan Nia je tau rindu abang, baby ni pun rindu abang” Dahnia mengusap perutnya. Tengku Firash senyum mendengarkan hal itu.

“Do you wanna go home, hun?” soal Tengku Firash terus. Dahnia beria mengangguk, macam je Tengku Firash nampak.

“Nak abang nak!” Dahnia teruja macam apa. Tengku Firash senyum bahagia. Eii lama tak cubit mak buyung ni.

“Esok lepas kerja abang jemput eh” ujar Tengku Firash lembut.

“Yayyy okay abang! Nia tunggu” Tengku Firash senyum lagi. God I miss her.

“Dah pergi tidur, lewat dah ni” Dahnia sebek balik, macam kena halau je.

“Emm, nak abang teman” ujar Dahnia mengada. Tengku Firash layan je karenah Dahnia.

“Okay-okay, abang tak off call ni. Now, sayang pergi tidur, esok kita pulang eh” Tengku Firash mendodoi Dahnia seolah-olah Dahnia berada dalam dakapannya dan Dahnia merasakan itu walaupun hanya melalui oncall

“Okay abang, good night!”

“Good night sweetie”

**************

Pada keesokan harinya, seperti dijanjikan, Tengku Firash menjemput Dahnia untuk pulang. Dahnia teruja macam kanak-kanak nak balik dari Taska hahaha. Dahnia menyalam dan mencium tangan kedua orang tuanya.
Ketika dalam kereta, Dahnia tenung je wajah suaminya. Tengku Firash hanya senyum di sebalik kaca mata hitam itu. Waa makin hensem la dia.

Mr.CEO and Mrs.Architect [COMPLETED ✔]Where stories live. Discover now