"Nenek kenapa ni? Kenapa tiba-tiba tampar ikha?" Secara tak langsung air mata sudah bertakung di mata Zalikha.
"Kenapa kau tanya? Kau dah malukan cucu aku, kau tolak dia sampai jatuh, sebab kau dia kena denda, kau boleh tanya lagi kenapa?" Jelas Puan Zaimah nenek kepada Zalikha dan Umairah. Ya Zalikha dan Umairah ialah sepupu.
Umairah hanya memerhati dari sudut dapur.
"Nenek dah salah faham ni Ikha tak buat macam tu" belum sempat Zalikha menghabiskan kata-katanya Puan Zaimah telah mencelah.
"Kau tak payah nak putar belit cerita lagi, Umairah dan ceritakan semuanya pada aku, kau ni memang tak guna kan? Nak kena kau ni!" Puan Zaimah ingin menampar Zalikha sekali lagi namun dihalang oleh Ammar, abang Zalikha.
"Apa lagi ni nek? Tak habis-habis nak marahkan si Ikha ni" Kata ammar. Ammar sangat sayangkan Zalikha. Maklumlah Zalikha lah satu-satunya adiknya.
"Kau tanyalah adik kesayangan kau ni. Apa yang dia dah buat kat cucu aku ni!" Nada suara Puan Zaimah sudah sampai tahap dewa.
"Abistu kitaorang ni bukan cucu nenek? Umairah sorang je ke cucu nenek?" Soal Khairil. Pertanyaan Khairil semena-semena menyebabkan Puan Zaimah kaku.
Kerana tidak mahu pergaduhan ini berlarutan, Zalikha terus mengatur langkah untuk masuk ke biliknya a.k.a syurganya. Hanya di dalam bilik ini sahaja Zalikha memperoleh ketenangan.
..........
Pintu gerbang rumah agamnya ditolak perlahan.
"Assalammualaikum" tiada sahutan.
"Hem macam biasa..." dengus khairil.
Tanpa berfikir panjang dia terus mengorak langkah menuju ke biliknya."Hmm such a boring life" keluhnya. Apabila sampai di kamar beradunya dia terus menukar baju serta menunaikan solat. Kita sebagai umat islam perlu sentiasa taat akan perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.
Setelah selesai Khairul merebahkan badannya di atas katil setebil 5 inchi itu. Dia cuba melelapkan matanya tetapi seakan ada sesuatu yang memaksa dia bersengkang mata.
Bayangan Zalikha terus menghantui Khairul. Adakah dia sudah jatuh hati pada Zalikha?
"Haihhh, Khai apa ni? Esok nk SPM kot kau pulak fikir benda-benda mengarut ni!" Keluhnya pada diri sendiri.
........
Puan Zaimah cuba menenangkan Umairah yang hanya berpura-menangis. Ceh dasar budak drama kat mana-mana pun nak berlakon.
"Irah jangan lah sedih nenek ada dengan Irah. Macam lah Ira tak kenal perangai tak betul si Ikha tu" pujuknya.
"Nek Irah bukan apa. Kalau boleh Irah tak nak lah nenek benci Ikha tu. Alah lagi pun sikit je ni" jawab Umairah. Jahat betul Umairah ni bukan sekadar fitnah si Zalikha malah diputar belitnya cerita lagi Drama Queen betul.
"Baik betullah Irah ni. Orang dah aniaya pun boleh cakap macam ni lagi. Lain kali kalau Ikha buat lagi kat Irah macam ni, bagitahu je nenek. Biar nenek pukul dia cukup-cukup"balas Puan Zaimah sambil mengusap-usap kepala Umairah.
Umairah tersenyum jahat
...........Pintu bilik Zalikha ditolak tanpa peroleh sebarang izin dari tuan punya bilik.
"hmm Ikha okay tak ni?" Soal Ammar sambil melangkah untuk duduk di katil adik kesayangannya itu. Zalikha yang pada mulanya baring sudah mula bangun untuk memberi ruang pada abangnya.
"Eh abang! Ikha okay je lah, takda apa-apa pun lah" jawab Zalikha sambil tersenyum cuba menyembunyikan kesedihannya.
"Jangan tipu abang Ikha, kalau takda apa-apa kenapa menangis ni?" Ammar mengusap-usap pipi adiknya. Cuba memujuk.
"Hmm abang Ikha penat lah hari-hari macam ni. Balik sekolah je mesti kena marah dengan nenek. Masalahnya, nenek kalau marah Ikha mesti pasal Umairah. Tadi dia tuduh Ikha tolak dia kat sekolah. Nenek pula main serang je Ikha bukan nak tanya dulu kenapa" kali ini Zalikha memang dah tak mampu menahan air matanya dari mengalir.
"Ikha sabar ya dik abang faham apa yang adik rasa. Satu hari nanti mesti Umairah akan terima balasannya sebab fitnah adik kesayangan a.k.a teddy bear kesayangan abang ni! Lagipun abang sikit pun tak percaya apa yang dia cakap. Abang kenal sangat perangai dia tu." Ammar memujuk.
Mendengar pujukan tersebut Zalikha terus memeluk abangnya.
"Hmm terima kasih abang. Ni yang buat Ikha sayang kat abang".
"Sama-sama. Ikha esok SPM kan? Do the best tau. Abang sentiasa doakan adik abang. Dah jangan nangis-nangis tak comel tau tak?"Kata Ammar sempat mengusik danmembalas pelukan teddy bearnya itu. Pelukan dileraikan.
"Okay abang, Ikha janji Ikha akan buat yang terbaik."
........
Dua minggu kemudian,
"Yeahhhh SPM dah habis!!!!!!" Itulah kata-kata yang ditunggu-tunggu oleh semua yang bergelar pelajar tingkatan 5.
"Wehhhhhhh kita dah habis SPM" kata Saffawati sambil melompat-lompat seperti kera kena belacan.
"Yes alhamdulillah. Tinggal nak tinggu result je lah" balas Zalikha tenang. Tanpa mereka sedar sedang mereka seronok berbual tiba-tiba Zalikha terlanggar satu sosok tubuh. Ternyata dia telah merempuh Khairul. Mukanya memerah menahan malu.
"Eh sorry" Khairul memohon maaf.
Zalikha hanya tunduk kerana malu "hmm" hanya sepatah perkataan keluar dari mulutnya. Zalikha terus mengorak langkah kehadapan tanpa memandang Khairul.
Saffawati membuat isyarat mata tanda meminta maaf bagi pihak Zalikha lalu berlalu pergi.
Khairul tercengang memandang Zalikha.
"Eh khai kau termenung apa tu?" Sapa Idzham seraya membunuh lamunan Khairul.
"Ek takda apa lah. Dah lah Idz jom kita balik" jawabnya menyembunyikan rasa.
.......
"Kan aku dah cakap si Khairul tu suka kau. Kau tak nak percaya."
"Saf kau jangan nak cari pasal dengan aku boleh tak?" Balas Zalikha.
"Ceh ceh ceh aku tengok kau pun macam lain macam je tadi lepas langgar si Khairul tu kau tak pandang langsung muka dia. Eh asal takut jatuh cinta ke?" Usik Saffawati. Terjengul-jengul kepala Zalikha menahan malu. Dia mengambil keputusan untuk berdiam diri tidak mahu terjerat dengan permainan Saffawati
"Zalikha tunggu sekejap" jerit seseorang dari belakang mereka.
Maaf guys kalini pendek🥺 apa apa pun dipersilakan muncul di ruangan comment😊
YOU ARE READING
Setulus cintamu
RomancePerkahwinan Zalikha dan *** cukup istimewa hingga membuatkan Umairah iri hati. "Aku takkan biarkan kau hidup bahagia"