Bab 1

55 9 14
                                    

      Keadaan pelajar di dalam kelas 5 Alpha tidak lain tak ubah seperti langau. kelam kabut. ada yang main penyapu. Ada sembang-sembang macam kat kedai kopi. Hampir semua pelajar berkelakuan agak kurang normal. Keadaan kelam kabut tersebut tiba-tiba sunyi seperti kubur sebaik sahaja salah seorang penghuni kelas tersebut berceloteh.

"Ehhhh cikgu ni bising je suka hati saya lah nak buat apa! Cikgu nk sibuk  dah kenapa?". Kata Umairah selambar seakan-akan dia bercakap dengan rakan-rakannya. Umairah memang tak pernah hormatkan orang lain. Tetapi dia sentiasa inginkan orang lain menghormatinya seperti anak raja.

Tindakkan biadab Umairah tersebut ternyata mendapat sambutan hangat dari rakan sekelas nya. Ada yang bersorak macam dekat pertunjukan sirkus. 

"Hye, hantu kubur! kau jangan nak kurang ajar eh! Kau sedar tak yang kau cakap menyibuk tu cikgu kita. Macam mana ilmu nak berkat kalau dengan orang yg menurunkan ilmu pun kau tak pandai nak hormat. No wonder lah tak berapa nak bijak, opsi. " Teguran  pedas tersebut kedengaran tajam dari sudut belakang kelas. Dari siapa teguran tajam itu? Siapa lagi kalau bukan Saffawati satu-satunya manusia berakal yang berani menegur Leader dari Kumpulan Gegurl Hotz SMK SOLOK BARU yang acah-acah hotzzz hangit kononnya.

"Hye kau siapa nak sindir-sindir aku? Muka dah lah macam kain buruk mak cik kantin, ada hati nak tegur aku yang jelas-jelas lagi lawah daripada kau. Aku ni bagai langit dengan bumi kalau nk dibandingkan dengan kau! aku langit langit, kau bumi. eww dasar budak low class" sekali lagi kata-kata tak berasas terkeluar dari mulut Umairah yang sudah terang lagi bersuluh macam puaka tahap dewa tu.

"Cehh perempuan ni dah lebih betul lah!" Bengis Saffawati yang seraya bangun dari tempat duduknya. Tindakkannya tidak ubah seperti harimau yang mahu menerkam rusa. Keadaan di dalam kelas semakin panas apabila ada gerangan rakan sekelas yang menambah-nambah api kemarahan Saffawati. Seakan-akan menyokong tindakkan gadis tersebut.

Namun tindakkan Saffawati terbatas apabila ada tangan yang seakan-akan palang yang menghalangnya untuknya kerjakan Umairah. Siapa lagi kalau bukan Zalikha. Yang semua sudah sedia maklum akan perangainya yang tidak sukakan pergaduhan.

"Sudahlah Saff tak usah kau layan perkara-perkara yang tak bermoral macam ni. Nanti dengan kau sekali tak bersahsiah cukuplah seorang sahaja yang tak bersahsiah dalam kelas kita ni" kata Zalikha dalam nada yang lemah lembut. Bait-bait kata Zalikha seakan-akan menyindir Ratu Puaka 5 Alpha iaitu Umairah The Puaka. Tindaknya tersebut seolah-olah air yang memadamkan api kemarahan Saffawati.Mendengar pujukan Zalikha, Saffawati terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusinya.

"Nasib kau pujuk aku tau, kalau tak habis dah perempuan tu aku kerjakan" kata Saffawati berbisik. Zalikha hanya tersenyum.

"Cikgu jom kita start belajar" Ungkap Zalikha dalam nada yang manja.

"Baiklah ikha sayang" kata cikgu. Sekampung penduduk 5 Alpha tertawa tapi tidak bagi seorang penduduknya. Siapa lagi kalau bukan Umairah. Dia langsung tak boleh terima kata-kata Zalikha. Dalam kepala jahat Umairah sudah memikirkan pelbagai rancangan untuk menyerang balas pihak musuh dalam peperangan yang dicetuskannya sendiri.

"Kau tunggu lah perempuan! bajet baik ye? Tunggu masa je!" Kata Umairah di dalam hati.

"Wehh Mairah takkan lah kau nak diam je. Perempuan tu dah cari pasal dengan kau kot" hasut Haliza a.k.a orang kanan Umairah. Tindakkan Haliza tak ubah seperti mencurah minyak ke api yang sudah menjulang.

"Kau tunggu je Liza nahas perempuan tu aku kerja kan. Tunggu masa je" balas Umairah

.............

Kring!!!!!!!!! Bunyi loceng seakan-akan menjerit memohon semua pelajar SMK SOLOK BARU untuk turun mengisi perut masing-masing.

"Ikha semalam kan mamat yang aku cakap handsome tu tolong ambilkan buku kat rak untuk aku" terang Saffawati kepada Zalikha. Cara dia bercerita macam tak ada hari.
"Hmmm" jawab Zalikha ringkas. Seakan-akan ada sesuatu yang bermain di fikiran Zalikha.

Setulus cintamuWhere stories live. Discover now