Terkadang aku lebih suka tidur
Bukan kerana aku malas
Tapi, apa yang terhidang dalam mimpi
Jauh lebih indah daripada apa yang ada dialam nyata..Terkadang aku lebih suka bersendiri dalam gelap
Bukan kerana aku berani
Tapi kegelapan lebih memahami diriku
Ia sentiasa diam tanpa secebis pun mengucap kata² duka..Terkadang aku lebih suka bergaul dengan sikecil
Bukan kerana mereka itu melucukan
Tapi senyuman dan ulas kata mereka sangat tulus
Tiada selindung dan tiada bermuka-muka seperti orang dewasa..Terkadang aku lebih suka dicakar si misai
Bukan kerana aku kuat menahan sakit
Tapi kerana ia menyerang secara berdepan
Tak seperti manusia yang suka membaling batu sembunyi tangan..Duka..kita telah lama bersahabat
Sehingga aku lupa bagaimana rasanya sebuah bahagia....(╥_╥)Pemilik asal: BB
'Terima kasih utk sebuah rasa yang pernah kita kongsi bersama suatu waktu dlu.."
YOU ARE READING
koleksi puisi My Heart
PoetryMenghimpunkan puisi² yg Pearl ambik dari akaun lama "My Heart"..didalamnya ada penambahbaikan ya..tp masih isi yg sama walau sedikit berbeza..☺