Di arena debu berterbangan menyebabkan pandangan semua yang melihat menjadi kabur kemudian selepas beberapa ketika debu menghilang dan mereka terkejut kerana Yaya masih elok kerana perisai tenaga C.Kaizo melindungi Yaya dan Alicia yang sudah terhentak di dinding kerana Tolakan Tenaga yang kuat.C.Kaizo pon mengalihkan Yaya dengan kuasanya ke tepi arena dan terlihat Yaya sudah pengsan kerana terkejut.
Alicia : Huh...huh...
Alicia cuba untuk bangun dengan bertongkatkan dua pedangnya.Selepas mengumpul tenaga,Alicia menghilang dan muncul di depan C.Kaizo dan C.Kaizo terdorong ke belakang kerana Tolakan dari sarung tangannya.
Gopal : Dia tolak C.Kaizo macam tu je..
C.Kaizo : Boleh tahan..tetapi perjalanan kamu masih jauh.
Topeng Kaizo menjadi warna jingga dan dia berlari terus ke Alicia dengan kelajuan penuh dan begitu juga Alicia yang berlari ke arahnya..
Yang datang melihat pertempuran tidak dapat melihat Alicia dan C.Kaizo di mana-mana melainkan cahaya berwarna jingga dan ungu yang berlaga dan bunyi lagaan pedang yang bergema di seluruh arena.Kemudian mereka berhenti dan menjauh dari masing-masing untuk seketika kemudian...
Alicia : Huh..huh..aku pasti akan menang..
C.Kaizo menatap Alicia dan terkejut melihat iris mata Alicia berwarna merah keemasan.
C..Kaizo pon meluru ke arah Alicia sepantasnya dan begitu juga Alicia.
C.Kaizo : Tetakan Tenaga Maksima!!
Alicia juga menghayun kedua pedangnya ke arah C.Kaizo...
Boooommmm
Selepas lagaan tersebut,debu berterbangan lagi sekali ke seluruh arena.
Boboiboy : Apa yang dah jadi?
Gopal : Tak tau..
Dan selepas beberapa ketika,mereka dapat melihat L.Tarung di antara mereka dengan tangan kanannya menahan serangan dari Alicia dan tangan kirinya menahan serangan dari C.Kaizo.
Fang : Laksamana???
L.Tarung : Sudah berhenti!!
C.Kaizo menyimpan pedangnya dan pedang Alicia menjadi serpihan nano lalu menghilang dan meluru ke jam Alicia.
Dapat didengari tepukan gemuruh di sekeliling arena.
L.Tarung : Pertarungan yang baik tetapi...siapa yang akan bertanggungjawab untuk semua kerosakan ini haa!!
C.Kaizo dan Alicia melihat sekeliling arena dan terkejut kerana mereka tak perasan pertarungan mereka menyebabkan arena menjadi seperi bukan arena.
C.Kaizo dan Alicia : Minta maaf Laksamana.
C.Kaizo dan Alicia menunduk dan bangun semula...
C.Kaizo : Boleh tahan untuk budak baru.
Alicia : Terima kasih.
C.Kaizo menunjukkan penumbuknya ke Alicia dan mereka melaga penumbuk.Selepas itu,C.Kaizo pon keluar dari arena dan Alicia pula pergi ke arah Boboiboy dkk.
Boboiboy : Wow,hebatla kau tadi.
Fang : Dan kau juga dapat penghormatan dari C.Kaizo.
Ying : Yalorr,dengan Fang pon dia tak pernah nak laga penumbuk tau..
Gopal : Tulah...Wei,jom bawak Yaya ke Infirmary..
Boboiboy dkk : Jom.
Di Infirmary
Boboiboy dkk menunggu doktor keluar untuk memberitahu perkembangan pemeriksaannya.Fang pula berada di Briefing Room kerana dipanggil oleh K.Kokoci.
Alicia : Emmm...Alicia nak minta maaf sebab dah buat akak Yaya pengsan.
Alicia menunduk..
Ying : Alaa..biasalah tu pengsan ni..bukan ahli Tapops la kalau tak pernah pengsan lepas perlawanan yang sengit.
Boboiboy : Tak apa...kau bukan sengaja pon..
Gopal : Kami maafkan..tapi kenapa kau serang C.Kaizo tadi..
Alicia : Hehe..ntahh..Alicia pon tak tau kenapa Alicia pergi serang kapten tadi..
Boboiboy hanya menunjukkan tagline Terbaiknya selepas mendengar penjelasan itu.
Gopal : Dey..kau serang dia kau tak tau kenapa...haihh..wujud juga eak orang macam ni.
Yang mendengar hanya ketawa selepas Gopal mengeluarkan kenyataan tersebut.
Di tempat lain
?? : Kenapa dengan mata dia tadi...seperti ada sesuatu yang mengawalnya...
!! : Tak mungkinlah abang.Mungkin perasaan abang je kot..tak payah fikir dah pasal tu.
?? : Haihh..baiklah.Abang nak kamu sentiasa perhatikan dia dan bagitahu kalau ada apa-apa yang pelik.Faham?
!! : Faham.
YOU ARE READING
Phoenix Tears ~Ejen Ali X Boboiboy Galaxy Fanfic(HIATUS)
FanfictionSebuah kisah hidup seorang wanita yang menjadi Ejen MATA sejak beliau kecil..malangnya sering dihina oleh ejen muda kerana sebuah kejadian dan menyebabkan beliau.... Sebelum readers membaca cerita ini,saya ingin meminta maaf atas segala kekurangan...