Tapops
Dapat dilihat Boboiboy Fang Gopal dan Ying duduk di briefing room menunggu briefing dari Komander Kokoci dan Laksamana Tarung.
K.Kokoci : Jadi,Boboiboy.Apa yang kamu semua nak cakapkan?
Boboiboy : Ini tentang pencarian Teknobot,Komander.
Laksamana Tarung : Jadi?
Fang : Teknobot sudah dapat dijejak tetapi...
Boboiboy : Teknobot sudah jadikan Alicia sebagai tuan dia.
Fang : Jadi,kami rasa Tapops patut rekrut dia sebagai ahli kita.
Gopal : Dia mahir berlawan dan seni pedangnya juga sangat hebat.
Ying : Yalorr..haritu dia kalahkan mega probe dengan sekali libas je.Adudu pon kalah dengan dia.
K.Kokoci : Adakah kita patut rekrut dia Laksamana?
L.Tarung : Dia tetap perlu menjalankan ujian Easy-A tetapi jangan hampakan kami..Faham!Sudah...bersurai!
Boboiboy dan rakan-rakan pon keluar dari situ...
Boboiboy : Ochobot,buka teleportal untuk ke bumi.
Ochobot : Baik!!Hiyarghhh!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kedai Tok Aba
Dapat dilihat sekumpulan remaja keluar dari sebuah portal..Yaya : Assalamualaikum Boboiboy.
Boboiboy : Waalaikummusalam.
Alicia : Jadi apa yang abang dengan akak semua bincangkan dengan Laksamana Tarung dan Komander Kokoci?
Fang : Komander suruh kita untuk bertolak ke Stesen Tapops pada hujung minggu ni iaitu 2 hari lagi.Komander juga suruh Alicia pergi sekali untuk Ujian Easy-A.
Alicia : Tetapi kenapa pula?
Yaya : Sebab ini..
Yaya menunjukkan sebuah video di Padnya yang menunjukkan pertarungan Alicia dengan Adudu.
Alicia : Macam mana akak dapat video ni.
Yaya : Akak dan kami semua ada di tempat kejadian.
Gopal : Kau libas probe sekali je terus hancur.
Boboiboy : Kami rasa kau berpotensi dan sebab kau tuan kepada Teknobkt sebab tu kami sarankan kau menjadi ahli Tapops.
Alicia : Ohh...akak dengan abang semua orderlah apa-apa...Alicia nak balik dah assalamualaikum.
Alicia meletakkan duitnya di situ dan terus beredar dari situ.
Boboiboy dkk : Terima Kasih Alicia.
Selepas jauh dari Boboiboy dkk.Alicia pon mengambil laluan lain dan beberapa ketika mereka tiba di sebuah pondok usang.
Teknobot : Ni tempat apa nii.
Alicia : Ni salah satu fasiliti MATA..aku dapat tahu bila aku hack masuk ke mainframe MATA dan download semua maklumat MATA ke dalam drive ni.
Teknobot : Tapi buat apa kau ke sini.
Alicia : Aku nak jadikan tempat ni milik aku.Lagipon tempat ni sudah lama ditinggalkan dan MATA juga letak data pasal tempat ni di folder yang kebiasaan ejen x tau pon wujunya folder tuu.
Teknobot : Ohh..Tapi apa main objective kau Alicia.
Alicia : Mencari Iman dan Ali.Aku yakin dengan naluri aku yang mengatakan mereka masih hidup tetapi masih x dijumpai.Orang lain mungkin anggap mereka dah mati tapi bukan aku.Mereka tak akan mati dengan semudah itu.Dan fakta yang menguatkan lagi ketepatan naluri aku ialah mayat mereka langsung tidak dijumpai di tempat kejadian.
Teknobot : Ohh macamtu..Baik aku akan tolong kau.
Alicia duduk di pondok itu dan memasukkan kod di pad pada tiang pondok,kemudian di lantai pondok itu terbelah dan keluar tangga yang menuju ke bawah tanah.Selepas masuk,mereka pon membersihkan tempat itu dan meletakkan alat keperluan mereka di situ.Dan selepas beberapa ketika,tempat itu telah siap dikemas.Semua pengesan yang pernah diletak di situ oleh agent MATA juga dibuang dan dinyahaktifkan.
Alicia : Huh..huh..siap pon.
Fasiliti itu mempunyai kemudahan seperti akademi..cuma lebih kecil dan tersorok.
Teknobot : Kau nak bagitahu dekat Boboiboy dkk pasal tempat nii.
Alicia : Dalam masa terdekat nii,tidak.Mungkin selepas ujian di TAPOPS selesai.Mereka dah banyak tolong aku..aku juga boleh tolong mereka.Mereka boleh guna tempat ini untuk berlatih..tempat ini juga aku akan jadikan markas Pengacau Bertopeng.
Teknobot : Sekarang kau nak aku buat apa?
Alicia : Kau boleh tak cipta mikrobot yang boleh merakam.Kemudian kau lepaskan mereka ke seluruh bandar di Pulau Rintis.Aku perlu mereka untuk mengesan kegiatan jenayah di sini.Bukan sahaja di Pulau Rintis.Aku nak kau lepaskan mereka ke satu dunia.Agar lebih mudah kerja aku nak kesan Ali dan Iman.
Teknobot : Jadi,kau nak ada benda seumpama macam satelit la ni.
Alicia : Betul,tapi bukan satelit.
Teknobot : Jelmaan Tekno!!
Tempat itu mengeluarkan cahaya dan di atas meja di fasiliti itu muncul sebuah alat bersaiz penumbuk dan panjangnya 20cm.
Teknobot : Ini alat yang kau minta tu.Kau hanya perlu tekan butang yang ada di situ untuk keluarkan mikrobot tu.Ada 3 butang di situ.Butang dekat kiri akan mengeluarkan mikrobot untuk hacker.Butang di tengah untuk mikrobot penjejak.Butang terakhir,mikrobot penyerang.Kalau kau nak simpan mereka balik tekan butang itu semula.Contoh,kau keluarkan mikrobot penjejak.Jadi kau tekan butang di tengah dan mikrobot itu akan masuk balik ke peranti ini.Dan,mikrobot di dalam peranti itu adalah unlimited.Faham..
Alicia : Hmm..faham.
Alicia pon menekan butang ditengah dan mengeluarkan berjuta mikrobot penjejak.Semua mikrobot penjejak itu menjelajah ke setiap pelosok.
Alicia : Haahhhh..makin senanglah kerja aku sekarang.Terima kasih Teknobot.
Teknobot : Dah senja ni,jom balik dulu.
Alicia : Jom!
YOU ARE READING
Phoenix Tears ~Ejen Ali X Boboiboy Galaxy Fanfic(HIATUS)
Fiksi PenggemarSebuah kisah hidup seorang wanita yang menjadi Ejen MATA sejak beliau kecil..malangnya sering dihina oleh ejen muda kerana sebuah kejadian dan menyebabkan beliau.... Sebelum readers membaca cerita ini,saya ingin meminta maaf atas segala kekurangan...