"diane"
diane menaikkan kepalanya sedari tadi dia hanya bermain dengan makanan di hadapannya. wajah papa dan mamanya dilihat lalu tiga wajah asing juga dilihat.
"kamu setuju sayang?" papa menyoal, dia melihat diane dengan penuh kasih sayang. tangan anak gadisnya digenggam erat. wajah mama dan papa dilihat silih berganti.
diane ini sahaja masanya untuk balas jasa mama dan papa. mereka berdua lakukan berkorban segalanya untuk kau. kahwin paksa ni apalah sangat. dua tahun diane, lepastu cerai. tak ada perkara buruk akan berlaku.
"baik" jawab diane ringkas, terus tubuhnya dirangkul erat oleh mama dan papa.
"jadi termetrai lah perkahwinan ini ya?" encik jeon bersuara dia tersenyum. papa mengangguk ke arahnya. sesekali diane mencuri pandang di hadapannya. lelaki yang bakal menjadi suaminya. tidak sekali dia bersuara, dan langsung menunjukkan minatnya. lelaki tersebut membalas pandangan diane dingin. diane terus memalingkan pandangannya. dia dengar lelaki di hadapannya mendegus.
"jungkook , pergi bawa diane bersiar diluar. We are having adult talks" ujar encik jeon, menyiku lengan jungkook. jungkook mengangguk. dia bangun dari duduknya dan terus keluar ke halaman hadapan. diane terus membantutinya.
diane memerhati halaman milik jeon. dihiasi dengan banyak jenis bunga dan salah satu bunga kegemarannya bunga orkid. hujung jarinya menyentuh kelopak bunga tersebut. dia tersenyum kecil, satu lagi inspirasi tambahan untuknya balik melukis nanti.
"there is nothing wrong for saying no"
diane mengangkat kepalanya dia melihat lelaki yang bernama jeon jungkook, sedang berdiri melihatnya bersama dua belah tangan diseluk ke dalam poket. diane menganggarkan bahawa jungkook bekerja di pejabat penampilannya yang berkemeja dan salah silah keluarganya yang sudah bergenerasi menjalankan perniagaan.
"maksud awak?" soal diane, dia membalas pandangan jungkook. jungkook tersenyum sinis. dia berjalan menghampiri diane.
"perkahwinan ni, apa kebaikan yang kau akan dapat?" jungkook merendahkan pandangannya untuk melihat diane.
"nothing, but my parents will be happy" balas diane, jungkook tertawa kecil.
"how about your own happiness" jungkook membongkokkan badannya sedikit wajahnya separas dengan diane. jungkook meniliti wajah diane.
"it doesnt matter"
jungkook menghela nafasnya, dia berdiri tegak semula.
"i guess youre stuck with me forever young lady"
"diane for god sake enough stabbing that poor egg" tegur lily rakan baik pada diane."kau memang tak nak jumpa dengan mamat ni lily, annoying gila dah la perasan hensem" ujar diane. lily memuncungkan mulutnya sebentar.
"aku rasa aku kenal la bakal suami kau ni"
"not that word" diane menggulingkan matanya, lily tertawa perlahan.
"ok, let me rephrase aku rasa aku kenal la mamat perasan hensem yang bakal menduduki jantung hati puan diane" diane menghadiahkan jelingan tajam pada lily. makin bertambah kuat lily tertawa.
"ok , ok serious talk i know him. bukan ke dia ceo yang tengah semua remaja gilakan sekarang ni? ala yang ada gossip dengan model cantik tu. aku lupa la nama apa, model thai tu. lizzo? lachica? lilin?"
"lisa" balas diane pendek.
"ha! that girl. eh sekejap kenapa kau bunyi sedih semacam ni?"
"ugh, cuba kau bandingkan aku dengan model lisa tu. kalau betul si lisa tu teman wanita dia. kenapa dia terima nak kahwin dengan aku?" balas diane, lily dapat menangkap kesedihan disebalik suara milik rakannya.
"ala beb kalau betul la nak bandingkan kau dengan si lisa , kau lagi cantik serious talk. cuma kau lowkey tak show off , faham?" pujuk lily, diane tersenyum kecil.
"banyak lah kau puji aku"
"bye bye timmy! see you tomorrow" diane melambai ke arah salah satu anak muridnya. sudah masuk tiga tahun diane bergelar guru tadika. pada mulanya papa menyuruh dia belajar bidang perniagaan tetapi dia tidak minat dan papa serta mama tidak mahu memaksa. diane dari dahulu memang suka akan kanak-kanak . apa salahnya dia membuat sesuatu perkara yang dia suka untuk pekerjaannya.pin! pin!
diane mengalihkan pandangannya pada kereta yang membunyikan hon. dahinya berkerut, semua anak muridnya sudah pulang. dia tersilap memberi anak murid ke? kereta yang agak mahal itu berhenti bersebelahan diane, cermin tingkap kereta diturunkannya.
"encik jeon?"
atau lebih cocok digelar mamat perasan.
"your dad ask me to take you home jangan banyak bunyi cepat masuk aku banyak hal" laju jungkook berbicara. dasar tak ada adab cemuh diane di dalam hatinya.
"kalau macam itu tak apalah, saya balik nak bas" balas diane ringkas, jungkook menurunkan cermin mata hitamnya memandang diane.
"ok" balasnya ringkas dan menaikkan cermin tingkap keretanya. diane menaikkan keningnya, dia pun tidak kisah lebih baik naik bas dari duduk berduan dengan jeon jungkook. boleh dia mati tercekik akibat kekok. diane mengambil kotak yang perlu dia bawa pulang untuk siapkan topeng muka haiwan untuk pesta zoo yang akan diadakan dua minggu lagi.
jungkook melihat diane yang bergelut untuk memikul kotak yang berada di tangannya. jungkook mendegus kasar sebelum dia keluar dari kereta, pintu keretanya ditutup kasar. kotak yang berada di tangan diane diambil kasar.
"en-
"masuk dalam kereta jangan banyak bunyi"
diane terkebil sebentar , sekali lagi dia melihat wajah jungkook. terus cepat dia memasuki kereta.
"um, terima kasih" ujar diane , jungkook hanya membalas secara berdehem.
YOU ARE READING
diane - keempat ;
Fanfiction"perkahwinan ni, apa kebaikan yang kau akan dapat?" jungkook merendahkan pandangannya untuk melihat diane. "nothing, but my parents will be happy" balas diane, jungkook tertawa kecil. "how about your own happiness" jungkook membongkokkan badannya s...