🖤 : 1

1.9K 109 10
                                    

-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-

Author's POV

Reef Night Club
23:00 KST

Suasana night club pada hari itu cukup riuh dan meriah disebabkan kehadiran ramai pelanggan menyambut awal tahun baru. Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2018 dan kini mereka semua sedang menunggu untuk countdown tahun baru bersama. DJ Teddy rancak memainkan lagu upbeat di atas pentas.

Sementara itu di bahagian lain, beberapa orang jejaka sedang menikmati malam muda mereka.

"So how's your next party Hyunjin?" soal Bangchan yang baru sahaja meneguk habis wain dalam goblet ditangannya. Hyunjin menuang lagi wain ke dalam goblet Bangchan bersama senyuman lebarnya.

"Next weekend of course. This is Hyunjin, bro. Every weekend is my party!~" ujar Hyunjin lalu melagakan goblet wainnya dengan ketujuh-tujuh rakannya yang turut berada disitu.

"Minho, you comin'?" soal Jisung dan memandang Minho yang bersandar pada sofa panjang di bahagian tersebut.

Minho berdecit dan tersenyum sinis. "Pernah nampak aku tak datang ke?" soalnya dan meletakkan goblet wain ke atas meja kaca di hadapannya. Rakan-rakannya bersorak.

"Wife kau tak kisah?" soal Changbin. Terus mati senyuman Minho seraya terdengarkan soalan daripada Changbin. Jeongin yang berada disebelah Changbin mencuit lengan lelaki itu.

"Ouh, mian Minho." ucap Changbin apabila keadaan bertukar serious.

"Gwenchana, aku tak kisah pun pasal dia." Minho melepaskan tawanya, seakan tidak mengendahkan kata-kata Changbin sebentar tadi.

Mereka yang lain mengangguk. Faham sangat mengapa begitu keras hati Minho buat isterinya. Dia dikahwinkan bukan atas kerelaannya, tapi atas kerelaan isterinya itu sendiri.

Minho berdiri. "Aku pergi toilet kejap tau." Dia meminta diri untuk beredar dari bahagian tersebut dan menuju ke toilet yang berada di bahagian belakang kelab tersebut. Rentak electric drumpad yang dimainkan pada tahap maksimum itu langsung tidak menganggu pendengaran lelaki berumur awal 30-an itu.

Dia berjalan ke bahagian belakang sehinggalah dia tiba ke tandas lelaki. Dia bukanlah mahu ke tandas sangat pun, dia cuma ingin menenangkan dirinya sahaja.

Minho akui, dia memang benci jika ada sesiapa bertanyakan tentang Hwa Min padanya. Ya, Hwa Min, isterinya. Gadis yang dikahwini atas paksaan keluarga dengan alasan untuk memajukan dan mengembangkan empayar syarikat kedua-dua belah pihak.

Bullsh*t, syarikat dia sudah cukup maju dan berkembang. Dia tak perlukan sesiapa pun untuk memajukan syarikatnya. Tapi keadaan ketiku itu terlalu mendesak membuatkan dia tiada pilihan.

[ C ] His Mistress | l.m.hWhere stories live. Discover now