Malam itu, aku duduk bermain dengan phone di tangan. Hari aku makin lama makin membosankan. Phone yang dahulunya menjadi pujaan, sekarang selalu diabaikan.
Sedang ralik aku menscroll tiktok, datang seekor nyamuk berterbangan di tepi telinga. Dan ianya bukanlah suatu benda yang selesa.
Aku terganggu. Terganggu dengan bunyi nyamuk itu, dan
papp
Telapak tanganku naik menampar pipi sendiri.
Nyamuk itu pergi seolah olah menyindir aku yang gagal menampar dan membunuhnya.
Malas memikirkan soal nyamuk tadi, aku membiarkan dia pergi, dan sambung scroll tiktok.
Ya lah, dia pun nak hidup, biarlah.
Tak lama selepas aku kembali scroll tiktok, nyamuk itu datang sekali lagi dan mengganggu aku yang sedang bergelak tawa melihat lawak di tiktok itu.
Dia bermain main di tangan aku seperti menyuruh aku untuk menangkapnya.
Jadi,dengan perasaan geram aku bangun dan aku mengejarnya.