بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pertemuan yang tidak dijangka , mengubah kembali rasa hati.
Petang yang tenang , Nadien Firdaus berjalan di taman sekitar rumahnya untuk berjogging. Maklumlah sudah lama dia terkurun di syarikat tinggalan bapanya kerana sibuk menguruskan projek di Sarawak .
Sedang dia berjalan sambil meregangkan seluruh badannya , terlihat seorang gadis yang sedang melintas selamba tanpa menoleh sekeliling. Sebuah kereta proton meluncur laju ke arah gadis itu membuatkan Nadien terus berlari ke sana cuba untuk menghalang.
" Hey you , watch out " Nadien Firdaus berlari menarik si gadis ke dalam pelukannya lalu menolak ke tepi . Perempuan ni gila ke apa main lintas tak tengok kiri kanan!
Keduanya bergolek ke atas jalan tar sebaik saja Nadien menarik.
" Auch " sikunya yang berdarah tergeser di atas jalan tar itu disentuh tanpa sedar dia masih di dalam pelukan si dia . Nafasnya dihembus berat . Mahu gugur jantungnya sebentar tadi apabila melihat kereta itu hampir melanggarnya. Mujurlah ada orang yang menyelamatkannya, amatlah dia berterima kasih.
" Ehem, sampai bila kita nak macam ni or kau nak aku peluk kau sampai tahun depan. " Nada yang menyinis itu menghentikan lamunan si gadis .
Irdina Sofea bingkas bangun sambil menepuk belakang bajunya. Ops baru dia perasan dia tengah baring atas badan orang . Umi !!! Aduh buat malu betul!
Sebaik saja dia mengangkat muka , dia terkedu melihat jejaka di hadapannya ini ataupun dikenali juga 'bekas teman lelakinya' .Hatinya dirundun sebak mengingati si dia.
" Nad ... Nadien ? " tanyanya tidak percaya.
" Irdina Sofea ? " masing masing tergamam. Nadien Firdaus tidak sangka yang dia akan dipertemukan lagi dengan gadis ini ataupun my girl . Bibirnya terherot sinis apabila tidak menyangka dia bakal berjumpa dengan pemilik hatinya sejak dahulu lagi.
" Thanks bantu saya tadi , kalau takde apa apa saya pergi dulu " Irdina Sofia melangkah ingin pergi dari tempat itu secepat mungkin dan menghapuskan segala momen tadi. Dari rasa yang terhutang budi , terus jadi rasa menyampah dan sakit hati!
Baru beberapa tapak berjalan , kakinya terhenti apabila mendengar ujaran si dia.
" Aku dah bantu kau, so kau mesti balas balik budi aku cik Irdina " ujar Nadien Firdaus selamba sambil tersenyum nakal ingin mengenakan gadis itu . Dia tahu gadis itu mesti benci dengan kehadirannya tapi apakah nasib, jikalau itu miliknya , tetap akan menjadi miliknya .
Badannya dipusing kembali dan mengatur langkah ke lelaki itu dengan muka masam mencuka.
" Saya terima kasih sangat sangat . Tapi untuk balas budi tu nonsense! Awak jangan ingat saya lupa apa yang awak buat dekat saya dulu! " mulutnya terkumat kamit membebel .
Nadien yang melihat makin tersenyum melihat mulut gadis itu yang tak habis habis mengutuknya. Tak berubah langsung.
" Dah la jahat, hodoh macam katak tempuru pula tu. Katak tempuru lagi kacak agaknya blablabla ... "
Irdina Sofea diam apabila tidak mendengar respon lelaki itu.
" Hey awak dengar tak ?! "
" Dah habis ? Nak sambung lagi ? " tanya Nadien selamba
" Hmpph " Irdina memeluk tubuh , annoying !
Nadien yang melihat tersenyum , dalam hatinya sudah berbakul bakul ketawa melihat telatah gadis di hadapannya ini. Comel .
" Bak sini phone kau "
Irdina menyembunyikan iphone miliknya di belakang baju .
" Eh awak ni , suka hati je nak minta telefon orang . Taknak , saya takmau bagi. " makin masam mencuka muka Irdina .
" Baik kau bagi sebelum aku yang amik sendiri " bibirnya tersenyum jahat dan badannya dirapatkan ingin menakutkan gadis di hadapannya ini. Makin mencabar pula budak ni.
" Saya tak bawa phone la, saya tertinggal dekat rumah " berdegup laju jantung dia tau ! Buat perangai betul mamat ni .
" Ah aku nampak phone kau dekat belakang baju kau tu , ingat aku buta " Nadien mengangkat kening.
Gulp
" Shit , dia nampak " ujar Irdina perlahan .
" Ish ish iyelah " telefonnya dihentak kuat pada dada si dia. Nadien tersenyum kemenangan dan mula membuka iphone gadis tersebut.
" Password phone kau sayang "
And again .
" Sayang? " Irdina seakan mau menghilang dari dunia , bagai menggila jantungnya mengepam apabila mendengar sebaris perkataan yang sudah lama tidak meluncur keluar dari mulut si sang jejaka .
" Irdina, are you listening ?" Nadien melambai tangan di hadapan mukanya membuatkan dia kembali berada di realiti.
" Bak sini " Irdina merampas iphonenya lalu menekan pin laluan dengan terkocoh kocoh. Umi tolong anak umi ni !
Setelah siap, Irdina menghulur kembali dan Nadien menulis sesuatu.
" Aku dah ada number kau, and aku pun dah save number aku dekat phone kau. So jangan pasang niat nak lari sebelum kau balas balik pertolongan aku . See you girl " dia meletakkan telefon di tangan Irdina sebelum berlalu pergi ingin menyambung kembali aktiviti yang terkendala.
Irdina Sofea teragak agak memegangnya. Sama je macam dulu, menyakitkan hati plus suka buat hati orang kacau bilau!
Dia melihat skrin telefonnya yang terpapar contact lelaki tersebut.
My Future Husband <33
Matanya membulat apabila melihat nama yang disave Nadien. Kepala hotak dia sejak bila jadi future husband aku ni! And jap kenapa ada simbol love ni! Siapa yang nak kahwin dengan mamat ni excuse me !!?
" Nadien Firdaus, i hate you !! " dia menjerit sekuat hati memandang lelaki di sana sedang berjogging kembali .
Tiba tiba
" I love you too girl ! " Nadien Firdaus menjerit
" Dasar mamat gila ! " dia menghentak hentakkan kakinya geram di jalan. Ya allah, rasa nak pengsan. Baik balik rumah minum air sejukkan diri huh. Malaysia is so hot !
Kakinya berpusing lalu berjalan menghampiri keretanya. Dia menarik gear lalu keretanya menghilang membelah jalan raya ingin pulang ke rumah.
Dan sepanjang memandu pulang ke rumah itulah, mulut Irdina Sofea tidak pernah berhenti mengutuk dan membebel si sang jejaka seorang diri.