Pertemuan seminggu lepas sungguh menggangu hati seorang Irdina Sofea. Berharap dia tidak akan lagi dipertemukan dengan bekas teman lelakinya ketika di universiti dahulu.
Cinta pertama .
Siapa kata cinta pertama hanyalah sebuah cinta monyet yang tidak akan berkekalan dan bakal dilupakan. Tidak, ianya salah. Bagi Irdina Sofea, cinta pertama juga bermaksud dengan erti " sesi menyakitkan diri ".
Dulu dirinya begitu agungkan cinta kepada Nadien Firdaus sehingga ditinggalkan. Adilkah dunia?
Jadi , dia mengambil keputusan terakhir bahawa dia tidak akan menjalinkan hubungan lagi. Ia lebih selamat.
" Dina, kau dekat mana " suara yang memanggilnya itu meragut segala pemikirannya pergi.
" Aku dekat luar ni " ujarnya sedikit kuat untuk memberitahu kepada kawan serumahnya, Zulaikha .
" Ha sini pun kau , puas aku cari satu rumah tak jumpa " terlihat Zulaikha datang melangkah ke arahnya lalu duduk di atas kerusi kayu yang khas diletakkan di luar rumah.
" Kau fikir siapa babe ? Dari tadi duk termenung . Jangan jangan ... " ayatnya diberhentikan membuatkan Irdina berkerut kening.
" Jangan apa "
" Jangan jangan kau fikir pasal Nadien kan!? " bibir Zulaikha mengeluarkan senyum nakal sebelum
Pak
" Aduh Dina, kau ni " kepala yang dipukul menggunakan majalah tadi digosok. Ganas betul la perempuan ni!
" Siapa suruh cakap bukan bukan, tak kuasa aku nak ingat, buat sakit hati je ! " Irdina cuba menegakkan benang yang basah meski apa yang dikatakan Zulaikha itu seratus peratus benar .
" Ganas macam lelaki! " ujar Zulaikha geram .
Setelah beberapa minit, keadaan yang sepi tadi diisi kembali dengan soalan Zulaikha.
" Kau taknak bagi dia peluang ke? " soalannya dibalas pandangan kosong Irdina .
" Buang masa "
" Ish kau ni tak baik la, cuba dengar penjelasan dia. Dah berapa tahun dah Dina " suaranya dikendurkan.
" Hati ni sakit Zul , sakit sangat. Masih berbekas luka dekat hati aku ni. " dia menepuk dadanya berkali kali.
Terlihat sepasang kekasih sedang duduk di bawah pokok di taman permainan itu. Cuaca yang tidak terlalu panas cukup menyelesakan untuk duduk di situ sambil menghirup udara segar.
" Sayang dont you hear me? Are you okay? " si teman lelaki menegur gadisnya apabila cakapnya tidak direspon malah gadis itu boleh termenung pula .
" Yes im okay, cuma saya rasa tak sedap hati kebelakangan ni " Irdina puas mengabaikan perasaannya tapi ia tetap jua melintas di fikiran.
" Can you promise something to me? " tanya Irdina secara tiba tiba.
" Yes sure darl " Nadien Firdaus masih setia mendengar sambil memerhati bidadari di hadapannya ini.
"Jangan tinggalkan saya, even apa pun masalah or cabaran. Dont leave me, can you ?"
Nadien Firdaus menghembus nafas berat. Gadis ini seperti tahu tahu saja atas perancangannya.
" Aku tak pasti aku boleh tunaikan janji tu , tapi .. aku akan pastikan hanya nama kau je yang terpahat kat hati aku, selamanya selagi aku bernafas. " Irdina terkedu mendengarnya . Rasa rasa yang tidak enak tadi hilang dibuai angin apabila mendengar ujaran si jejaka . Bibirnya menguntumkan senyuman yang manis .