Inspektor Iqram seorang polis yang terbiasa dengan kehidupan yang bebas. Satu hari semasa dia sedang makan malam bersama kekasihnya,Jasnina, dia dihubungi oleh Sarjan Tunku. "Apa?" kata Iqram dengan muka terkejut. Iqram memandu keretanya menuju ke tempat Tunku. Setibanya dia di sana, "Tuan, nama mangsa ialah Afiqah. Mangsa dilanggar lari oleh sebuah kereta Proton Saga berwarna biru." Kata Sarjan Tunku. "Ada saksi?" Tanya Iqram dengan nada yang tegas. "Tiga orang tuan,termasuk suami mangsa,Wan" Jawab Tunku. "Saya nak bercakap dengan mereka." Arah Iqram. "Baik,tuan." Jawab Tunku. Tunku memanggil ketiga-tiga saksi. Saksi pertama ialah Reza.
18 parts