"Hei babe. Kahwin dengan aku." Tiada angin, tiada ribut. Dengan tiba-tiba saja Nur Lailana dilamar kawan baiknya sendiri, Syahimi Hakimi. Tidak termakan umpan, dia tahu ada sesuatu di sebalik lamaran lelaki buaya daratan ini. "Apa pula aku dapat kalau aku kahwin dengan kau?" "Kebebasan." "Fine. Count me in." Terkongkong dengan keluarga masing-masing, hanya pilihan itu yang dilihat berhasil untuk memberikan mereka kebebasan. Namun, adakah semuanya akan menjadi semudah yang dirancangkan? "Adakah perkahwinan satu permainan bagi kamu? Pernah kamu fikirkan perasaan mereka yang sanggup menyerahkan segala-galanya kerana cinta?" - William "Saya tak perlukan lelaki yang memperlekehkan kepentingan sesebuah perkahwinan dalam hidup saya." - Marissa Setiap perkahwinan pasti akan ada pengorbanan. Sanggupkah mereka menyakiti hati insan tersayang? Diantara cinta, keluarga dan persahabatan, yang manakah akan mereka korbankan? Apakah sebenarnya status mereka kepada satu sama lain? Benarkah ia hanya cinta platonik? "Lana have a special place in my heart. Dia berbeza dari semua wanita yang pernah datang dan pergi dari hidup aku." - Syahimi "Dalam hidup Syah, I know I'm different dan aku mahu kekal begitu. I appreciate our friendship more than anything, jadi kami sangat berhati-hati supaya persahabatan ini tidak akan pernah terjejas." - Lana