'He is a child that was forced to grow up' Dia diajar untuk jadi jahat sejak kecil lagi. Didedahkan dengan pelbagai kejahatan sehingga ada yang tak terjangkau dek akal. Perasaannya kosong. Ya ! Dia sudah diajar begitu. Sejak kematian si ibu yang menyayanginya sepenuh jiwa dan raga. Dia yang dulunya periang bertukar menjadi tidak berperasaan. Kehidupannya berubah seratus peratus setelah si bapa mula mengambil alih peranan si ibu. Dia membesar dengan ajaran yang dia sendiri tak tahu. Soal Andry Zuhairie Risley, dia bukannya dendam dengan lelaki itu. Dia cuba membantu ayahnya melepaskan dendam lama buat keluarga Richard Risley. Ianya lebih kepada.. KESERONOKAN ! Dia suka melihat orang lain sengsara. Dia mahu orang lain rasa apa yang dia rasa. Dia cuma inginkan secebis kebahagiaan untuk menyidari segenap ruang hati. Tetapi, hingga kini dia belum jumpai. RANDY FERNANDEZ Seorang yang tiada perasaan. Jiwanya kosong tanpa cahaya yang menyinari. Sehinggalah hadir seseorang memberi sinar. Melenyapkan kegelapan yang terdapat dalam diri lelaki itu. Dan menggantikan cahaya yang cukup terang yang tak semua manusia boleh miliki. Tetapi, siapakah dia ? •••••••• Kalau nak lebih faham, baca DIA VAMPIRE terlebih dahulu.
11 parts